Thursday, April 21, 2011

Menyepi

Assalamualaikum 

Hihi.. baru menyepi seminggu da nak kecoh2 kan. Agak banyak keje lately. Aku tak suka Cik Lokman sebab suka bagi assignment banyak-banyak. ;( Tapi tak la sampai i hate u i hate u la kan. Pasti akan merindui lawak jenaka dia yang ntah pape. Kalo tengok sebijik macam budak-budak terejal tu. 

Eh tetiba teringat kat Maharaja Lawak lak. Emm korang da tengok episod ke-3 minggu lepas?? huhu Aku belum lagi ar tapi xsabar nak tengok!! Dengar kata dari orang yang da tengok besh sangat episod kali nie. Bertemakan muzikal taw. Pastukan Nabil sambung buat lawak bersiri dia.. hihi Masih xley lupe gaya die sembur lalat ngan api. Beria-ia beno macam lalat tu banyak sangat. So kalo belum download tu cepat-cepat gi download k.

By d way sangat-sangat teruja nak balik rumah coz since raya cina tak balik. Kucing-kucing kat rumah pasti da merindui aku. Kak Nosya, anak buah Pika, Ira, Haikal.. dan juga mak. huhu Nak releks pepoas then balik UTM. K laa xde idea nak update pasal per. So jus wait my next entry k. Daaa!!! ;D

Wednesday, April 13, 2011

Sangat surprise!!

Assalamualaikum ;)

Aku nak share berita gembira nie. Kulit aku semakin ari semakin improve maksudnya jerawat da kecot n kulit pon da xde masalah sangat. Xmakan ubat resdong pon jus selalu bersihkan muka pakai toner jer. huhu Nak taw tak sebab per?? Sebab da lebih seminggu aku langsung xtepek bedak kat muke nie. Serius, gi clas xpakai kuar time makan pon tak lagsung. So muka aku natural jer la. huhu

Sangat suka bila muka tak cepat berminyak da. Maybe sebab compact powder ade side effect kot. Aku perasan la aritu muke cepat berminyak then aku pon kerap cuci muke ngan facial wash. Last2 kat kulit kat bahagian idong kering mengelupas. Mane bley kan cuci muke ngan facial wash selalu. Wuwuu.. pasnie I xnak pakai make up lagi ar. Epi sangat sebab kulit saya semakin sihat balik. Rindu ketika kulit licin halus mulus. huhu
Pakai make up bila perlu jer pasnie. Ok la tu jer nak citer sebenarnya. Korang pon jangan ar selalu sangat pakai make up yer. Kulit cepat rosak walaupun da pakai base ke ape. 

Yang penting bila muka licin bebas dari sebarang jerawat, ton kulit sekata n las sekali kulit berseri seri. Lagi satu aku nak pesan jangan biasakan sangat pakai lipstick yer. Sebab bila korang  tak pakai bibir akan jadi pucat. Effect dari kerap pakai lipstick. Yer aku pon perasan bibir aku selalu pucat. Sekarang bibir saya da merah balik. huhu

Tuesday, April 12, 2011

Ika nak merepek jap bley??

Assalamualaikum ;D

Eh korang annoying gilak tak kalo aku nak citer pasal admire, secret admire.. miow2... tetiba ader suara kucing lak. huhu Lately asal ramai sangat laki nak jatuh ati kat aku nie. Adakah kerana mataku yang sepet??!! euwww.. Adakah kerana kejambuan idungku.. euwww2.. Adakah kerana bibirku yang seksi??!!! uwekk2.. haha

Kalo bibir aku seksi pon ko kenapa nak jeles erk. Nak tanyer bibir Angelina Jolie tak asli kan?? huhu busy body jap. Dulu kan korang nak taw mase time kat Sbpi dulu aku selalu jer mengantuk dalam kelas taw. Pantang jer tak de clas waktu prep ker mesti nak membuter jer kejenya. Ngantok sangat2 xtaw kenapa. Ada banyak setan kot kat kelas aku. wuhuu.. Pastukan da lame2 member aku cakap kat aku cam gini. 

"Ika ko kalo da mengantok dalam kelas mesti bibir ko muncung" 

"Eh yeker xtaw plak. Bila masa nie mane ade mane ade." cuba menafikan. hehe

"Eleh ko yang perasan buat bibir camtu" yang pasti bukan aku buat2 ok.

Pastukan dulu masa aku kecik aku kuat sangat merajok ngan mak la selalunya. Sebab mak aku suke marah aku. Pastu nanti muncung aku kuar sedepa. Panjangkan??!! haha Tu mak aku yang cakap bukan aku yang cakap pon. Ada ker patut time aku merajuk ker marah ker mak aku cakap cam gini.
"hah muncung tu da kuar sedepa" then dengan automatiknya muncung aku da jadi pendek pastu tergelak-gelak pulak xjadi merajuk. Jahat giler mak aku.

Bila aku da beso nie kurang ler wat muncung tikus mondok tu. Da xde kot kecuali aku perasan time aku marah ker time aku busan ker nanti muncung akan ke depan sikit. haiyaa...
Masih teringat lagi rase nak gelak pon yer Mas kata bibir aku mungil. Mungil bebeno ler tu. haha

Pastu ramai jugak yang kata eh ada campuran Cina ker. Aku pon menyoal siasat mak aku macam-macam sebab nak taw asal usul keturunan aku. Ceh mana taw aku nie mix kan. BAJET... Las2 mak aku kate atuk laki asal dari Terengganu maybe ade. Mak pon xsure kalo atuk pompoan cam mamak2 cket lagi ler bukan. Ada jugak mak citer masa mengandungkan dorang ade la pembawaan atuk tu cam benci ngan orang Cina pastu muka anak pon berkenan cam Cina. Serius cakap muka Pak Long aku sebijik macam Cina. Cume kulit xputih jer cam mak aku. Mak aku pon mata kecik jer aku tengok. Tapi yang pastinya aku bukan Melayu tulen la. hehe Bapak aku orang Bugis garang woo.. Dulu aku pernah wat hal tak nak gi skola mase tu kat rumah yang lama, abah nak ikat aku kat pokok then nak pukul aku ngan ranting pokok sebab geram sangat kat aku. Aku masa kecik2 memang nakal woo. Tapi naseb baik xkena mintak simpati kat mak selamatkan aku. huhu

Aku bangga jadi anak abah sebab muka sebijik ikot abah, skin color pon cilok gak. Yer aku cayang arwah abah sebab die rajin melayan aku. Dulu-dulu..

"Abah, nak gi supermarket nak beli alat tulis.." dulu cket2 nak kumpul koleksi alat tulis. Ntah nak watpe aku pon heran. hehe Bila ingat-ingat balik aku memang suka membazir dulu.

"Abah singgah jap kedai nak beli pengorek.."

"Abah nak nie abah nak tu.. Pening pale abah aku"

Pastu abah suka bawak aku jalan-jalan. Ingat lagi nak gi  pasar pas subuh masa tu aku sekolah rendah lagi abah da kejotkan aku pagi-pagi. Aku dengan semangatnya ikut abah pstu dapat la tengok ikan beso-beso baru naek. Eeei tengok ikan pari camm giant.. Segala macam ikan ada. Pastu ikot abah beli barang tukang die. Abah baik ngan sume orang even ngan Cina. Gi kedai tu tauke kedai suke kaco2 aku nie u punya cucu eh. Bapak aku jahat kata a'ah nie cucu aku. Sebab bapak aku da tue pon masa tu kawan abah bajet nie cucu dia. 

Aku sebenarnya nak citer ape nie. Aku sebenarnya ngah runsing memikirkan admire yang bersungguh-sungguh kat aku. Bajet cam alah die tu minat kejap jer kot pastu da busan die cari la orang lain. Tapi sangat surprise biler die betul-betul minat. Terus guwa xtaw nak watpe. Yer dulu-dulu aku selalu berangan nak kawen ngan orang putih la. Nak idop kat oversea la keje kat sana berhijrah. Pastukan aku nie kuat berangan waa tengok citer Cinderella cam best giler jer nak jugak macam tu. Pastu bila da terkena kat diri sendiri da menggelabah sakan. uwaaa nak nangis bley tak.

Kalo korang rase cam anoying jer baca please tutup mata sebelah. Jodoh ajal maut sume kat tangan tuhan. Aku hanya berserah padanya. Jika itu yang terbaik buat aku, aku terima seadanya. Macam sedih jer ayat. -_-'

Monday, April 11, 2011

Aku nak share sumtin yang korang patut amek taw

Assalamualaikum ;)

Aku nak berkongsi ngan korang sume nih benda yang aku baru baca dari laman web nie link. Perkara nie sememangnya benar dari seorang lelaki Melayu yang tinggal di luar negara kerap kali berborak ngan seorang bishop nie. Bishop ni mendedahkan banyak perkara yang ramai tak tahu.


Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,
namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.
Coke tu sangatlah beracun,
pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan,
para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari,
kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
Firman Allah:
Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Al-Quran
Surah Al-Baqarah
Ayat 168

Firman Allah:
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,
iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Al-Quran
Surah Al-Maidah
Ayat 88

Firman Allah:
Oleh itu,
makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,
dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
 jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Al-Quran
Surah An-Nahlu
Ayat 114

Saturday, April 9, 2011

Bilik aku sangat hot!!

Assalamualaikum (-_-)


Malam nie aku gelisah semacam. Yer tadi sumtin happen lalu perasaan pon berubah. Ditambah ngan bilik ngan sangat hot panas bahang. Aku tido pas maghrib tadi berpeluh badan walau da bukak kipas tahap maksimum. Malam nie aku nak mengarut-ngarut kat blog aku sebab jiwa kacau. haha

Tambah sakit ati wat asigment yang asek stuck xdapat jawapan last. Pehal Dr. Ong nie suke sangat wat soklan tricky. Banyak da dapat jawab tapi aku nak abeskan sume soklan yang dia suro wat tu. Sangat determine aku bila buat keje. Selagi xsiap atau xpoas ati aku xkan berganjak dari meja study. Aku sanggup makan lewat sanggup skip mandi. Emm aku masih tetap mandi eh haha cuma lambat bebeno bak kata orang Muo. ;p Tak kisah la kat bilik xde sape nak bau aku.

Selasa lepas aku kena gi Kursus Etika n Protokol anjuran UTM. Penat gler weyh. Sangat magic hari tu sebab program kata start kol 8.30 pagi tapi las2 kol 9 lebey baru nak start bagi speech. Hang taw tak aku sampai kol bape??!! hahaha.. Aku tengok kat waktu scan kad matrik tu kol 8:14 sumtin.. Waa very punctual ika no. Kalo kelas hang gi lambat-lambat pulak na. Mengade-ngade budak sekor nie. Actually aku nak gi saing ngan membe supaya xkebosanan pada aritu. Boleh la gosip-gosip cam Gosip Gurl n wat lawak yang xbape pandai ngan membe kan. wuahaha..

Aku sampai bilik aku magrib sebab malas nak berebut ngan pelajar fakulti sains yang cam kebudak-budakan tu. Ade ke patut xnak beratur satu hal pastu nak tolak-tolak plak bajet cam pelarian ngah berebut makanan percuma. Bengang gak aku da sampai barisan hadapan tapi stil xdapat tandatangan n amek sijil sebab budak-budak lain potong jalan n tolak-tolak. Sakit badan aku dibuatnya. Pale aku da pening sebab xcukup tido malam tu siapkan asignment yang banyak tu. Pastu bangun awal pagi lak. Then berebut ngan minah x matured nie. Aku pon surrender jer la lalu duduk kat kerusi. Terborak panjang lak ngan sorang akak senior nie kenal masa tahun satu. Dia da kawen baru taw masa tu. So macam-macam la borak. Borak pasal masa hadapan. huhu. Lalu xsedar yang orang da xde da nak berebut lagi sume da balik. Masa tu hampir 6.30 petang. Then aku gi PSZ update blog lak. Jalan kaki balik ke bilik sangat penat rase melayang badan ni sebab ngantuk, penat dan macam-macam lagi.

Aku sempat tido kejap jer dalam satu jam pastu kuar gi makan lak. Balik dari continue siapkan soklan yang stuck tu. Kalo bley nak anta cepat-cepat jer. Ko taw jer la kalo tahan mata n badan yang da penat otak cam kura-kura lmbap nak mampus aku rase bila berpikir. Haiyaa aku pasang lak lagu cam biasa lagu feveret la Sedetik lebih. Nyanyi penuh perasaan sebab rumate xde. haha Then tambah lagi lagu-lagu korea. Silapnyer aku gi tambah lagu korea siap video lak. Rase cam da lamer giler xbukak video korea yang aku selalu menari ngan wawi tu. Keje xberjalan macam semut jer aku rase. Lagu Nobody berkumandang di corong speaker laptop. I want nobody nobody but u!! I want nobody nobody but u!! Alamak aih terus letak pensel kat tangan lalu menggayakan tangan n ngah duduk masa tu cbok nak angakat kaki kan. ;D Oleh kerana tidak dapat menahan godaan aku terus berdiri n tolak kerusi lalu play again d song and dance following Wonder Gurls. Uwaa buang tebiat malam tu. Lalu aku dengan gigihnya tutup media player n bukak guna KMP player sebab walaupun bukak satu lagu jer die akan continue lagu-lagu yang lain ngan sendirinya. 

Sangat semangat haha. Sampai hang-hang laptop aku sebab tekan laju-laju sebab xsabar. Teruskan menari lagu Crazy lagu Gee lagu So Hot lagu Nobody version disko paling aku suke sebab laju sangat ngan rancak n gaya tarian da di modify. Aku lebih suke yang ini. Sampai tak sedar peluh da menitik kat dahi badan pon da terasa panas berpeluh-peluh. Rasa sangat segar badan nie n otak pon rase da bley berpikir ngan pantas lalu aku sambung keje tadi. Dasatkan da pnat-penat pon masih tak nak tido awal. Soknyer macam pengsan tido sebab tido lewat lagi malam tu. Pimples pon naek ngan  hebatnya la. Sampai takut nak pandang cermin masa nak manyapu bedak sebab aku tengok muka da xserupa orang. haha Harap-harap orang lain tak annoying la tengok muke aku nie. 

Okey la da abes membebel. Ika memang suke membebel. Kamu patut jadi seorang lawyer ika bukan seorang mathematician yang asek membuktikan rumus matematik yang panjang berjela-jela kalah langsir mak aku kat rumah. Dan menyelesaikan masalah matematik yang agak pelik kalo dipikirkan secara logik akal sebab memang tak tercapai akalmu. haha Kalo loyar buruk bley kot sebab terlajak perahu da tak boleh di undur tapi kalo terlajak berlawak memang nak wat lawak banyak-banyak lagi.
 

Friday, April 8, 2011

Produk Kecantikan SimplySiti

Assalamualaikum ;)

Hi everyone!! Hari ni nak berkongsi tips tentang produk kecantikan SimplySiti which i love d texture so smooth n d color. Do you think I will look gorgeous with dis cosmetic?? huhu

Cadangan miliki imej moden klasik dengan hasil yang anggun bersama rangkaian kosmetik SimplySiti

1) Gunakan Simply 5 Cream
Mulakan litupan yang menyeluruh dengan Simply 5 Cream. Mengandungi lima faedah merawat, melembap, pelindung UV, krim dasar solekan dan bedak asas.



2) Simply Perfect 2 Way Cake
Litupan yang mengagumkan untuk hasil kelihatan profesional. Bedak Silikon Semula Jadi yang mengawal minyak dan mengawal SPF 30. Bedak padat yang mengawal sebum dan mengurangkan minyak serta mengekalkan warna dan tidak mudah tanggal untuk menghasilkan kulit wajah lebih berseri. Hadir dalam lima warna Light Beige, Natural Beige, Deep Beige, Dark Honey dan Tan. 

Simply Perfect 2 Way Cake
5 Shades / SPF 30



3) Untuk dapatkan imej moden klasik, solekan muka lebih nude dan simple. Gabungan dua langkah di atas (Simply 5 Cream dan Simply Perfect 2 Way Cake) untuk mendapatkan wajah licin dan berseri (ala porcelain doll).

4) Tumpukan solekan mata sedikit dengan Simply 4 Eye Color Gold Edition, kemudian serlahkan mata dengan Simply Liquid Eye Liner (celak mata lebih gelap dan tebal, sesuai juga untuk membuat celak mata ala Cat’s Eyes) kemudian galakkan lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara dan akhiri solekan dengan Simply Gorgeous Lip Color Glam Red Collection. 



Simply Liquid Eye Liner Pen
1 Shade

5) Untuk bibir, gincu koleksi Glam Red Collection menawarkan 5 rona merah Simply Gorgeous Lip Color yakni Destinasi Cinta I & II (rona merah cili) dan Debaran Cinta I, II & III (rona merah gelap, maroon). Juga terdapat pelembap bibir Glam Red Collection sebagai pelengkap gaya.

Antara barangan kosmetik lain dari SimplySiti. Aku suke sangat kaler-kaler lembut ada. Sangat nampak young kalo pakai. Semakin gelap warna gincu yang kita pakai, semakin nampak tua kita. So bagi kita yang masih muda bergetah nie ;p pakai la kaler yang light n lembut cam nude pink, peach or d nice one.




 

Simply Feminine Blush
3 Shades / SPF 30


Simply Gorgeous 
Lip Color
20 Shades / SPF 15
  Simply 4 Eye Color 3 Shades / SPF 25


Skin Products

Thursday, April 7, 2011

Suke sangat berendam dalam air

Salam ;)

Bercerita pasal berendam nie memang aku suke sangat-sangat. Pantang diajak gi mandi kat air terjon ker, pantai ker or wet world mesti excited gler. Dari aku kecik memang famili selalu bawak aku gi Gunung Ledang air terjun yang femes kat Muar tu. Even orang luar pon suke datang sana walaupun jauh. Actually skang aku kurang suka sebab pengunjung kat citu  tak jaga kebersihan sangat, buang pampers merata-rata cam tak ada tong sampah pulak. Pastu air kat bahagian bawah cam da berbau maybe sebab kotor kot. 

Setakat nie tempat mandi yang pernah gi Pantai Tanjung Bidara kat Melaka, Desaru kat Kota Tinggi, kolam renang kat Gunung Lambak, Kluang, Wetworld Batu Pahat n Melaka, Pantai Port Dickson, Tasik Biru Melaka, Tasek kat Kamida Village pon sibuk nak masukkan. huhu Tasik yang ada banyak ikan pon aku cbok nak mandi gak kena gigit ngan ikan tu baru taw. Kalo pantai tu banyak jer da gi tapi xdapat mandi sebab laut bergelora sangat biasa kat Pantai Timur ar cam Teluk Cempedak, Cherating, Pantai Batu Buruk kat Terengganu. Banyak tempat da aku travel sebab akak dok bersepah. Gaya aku cakap macam dorang dok sepah2 kat tepi jalan jer kan. hehe

Cam akak sulung duduk kat Dungun, Terengganu selalu la turun Terengganu dari zaman skola. Dia slalu pindah-pindah kejap kat Kemamam kejap sana sini.. So kebanyakan daerah n bandar kat Terengganu aku da sampai cam Pekan Chukai tu. D latest aku gi awal sem lepas sempat la shopping inner syria n tudung. Cantek2 sampai xtaw nak amek yang mana banyak sangat pilihan orang kate cam syurga tudung sume fesyen ade. Fesyen terbaru melambak2 kat pasar tu n ley tawar2 kasi harge baek punyer. Kuala Terengganu pon da beberapa kali round mase time ade lawan kapal layar ape name die Monsun Cup eh. Shopping kerongsang n whatsoever kat Pasar Payang murah-murah. Beli keropok lekor pure baru pas masak kat Kampung da xingat. hehe Ramai sangat orang sebab cuti skola sampai jam kampung tu. huhu

Aku jugak pernah naek bot laju kat Tasek Kenyir!! Bes wey naek bot laju pastu berenti kat tengah2 tasek ade tempat bela ikan air tawar, akak aku borong ikan patin idop2. Perggh sedap ikan tu wat gulai masak lemak ngan goreng. Masa naek kat pangkin tempat ternak ikan air tawar tu, rase cam xselamat jer da halus kayu-kayu tempat nak pijak kalo silap bley terjatuh kat dalam sangkar ikan yang beso-beso tu. Alamat kenyang la depa dapat habuan. haha Mak aku takot sangat xnak turun duk lame2 dalam bot tu. Memang sengal. Ari nak pegi jalan-jalan tu tak plan proper, akak maen redah jer. Xcakap betul-betul so bley la bawak baju kalo nak mandi ke ape ker. Rugi sangat sebab xley gi Taman Negara naek bot laju dari Tasik Kenyir tu. Kat Taman Naegara ada macam2 ade air terjon gak. So meleleh jer air liur tengok peta tu. huhu

Then akak ketiga tinggal kat Seberang Prai, Penang. Dia n husband dia suke sangat bawak aku ngan mak aku gi Balik Pulau. Mau pening pale lalu kat lereng bukit tu. Tahan tekak rase loya sebab banyak sangat selekoh kat lereng bukit tu. Kalo mai penang, jangan lupa beli jeruk-jeruk kat area bustand Butterworth. Banyak sangat pilihan ade jeruk campur kalo nak rase macam jeruk. Paling femes jeruk buah salak kat sini xde aku memang suke sangat. Jeruk buah pala pon ade. Bukit Bendera xsempat naek coz mase cuti ramai sangat orang. Mak da pernah naek.

Abang lak duduk kat Shah Alam pernah la bawak jalan kat Putrajaya, Shah  Alam n Putrajaya. Kak Sitah dok kat Kota Kemuning Shah Alam. Famili aku memang kuat berjalan xley duk diam kat umah. Kak Nosya pernah bawak aku gi Genting Highland n Port Dickson. Kak Mon yang kat Penang lagi sengal nak pujuk aku stay Penang lame cket nak rasuah aku lak. Cakap kalo aku stay lagi lame nak bawak aku gi Cameron Highlands. haha Ntah pape padahal aku busy menguruskan pendaftaran masuk ke UTM masa tu. Mak aku kat Muar da bising-bising suro balik. Aku ade request kat akak bawak aku g zoo TAIPING. Besh wey zoo Taiping alaa2 safari gitu. Aku cyg akak-akak aku sebab selalu bawak aku jalan-jalan bila aku busan dok rumah. Senang kata perangai sume same jela memang kaki jalan. hehe

Tuesday, April 5, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 memang gempak!!

 Assalamualaikum ^_^

huhu.. mesti nak update stories yang terbaru. Yang hangat-hangat jer aku update. Emm aritu aku sempat jugak la tengok ABPBH. Walaupun tengok di 1 jam terakhir tapi tetap enjoy ngan persembahan Dato' Siti pada malam tu. Sangat-sangat besh kot tambah plak ngan Ucop ngan Johan Hantu Mak Limah Balik Rumah yang dijempot tok gamatkan suasana. haha Aku tengok kat p19 so ramai gler mase tu seronok sangat wat skali gerakan tangan trademark Ucop tu kat situ. Caya la kat Usop ramai gler peminat trademark tangan. huhu Aku gelak besar xhenti-henti lawak gler masa time Shaheizy Sam dinobatkan jadi Bintang Paling Popular tahun nie, mak die Katy Fauziah pon naek sama kat pentas, bengong dorang haha suro mak Sam duduk kat wheel chair pastu sorong ke sana sini sambil wat trademark tangan. Sakit perot gelak tengok gelagat Usop masa baca pemenang Bintang Paling Popular menggigil2 pegang kad, suara macam xkuar jer. haha Aku pon xtaw nama sebenar dia tu. 

Berbalik kat persembahan Siti, awal-awal dengar muzik tu cam familiar jer. Pastu aku pikir-pikir cube ingatkan. Adoi cepat cket ika lame2 baru perasan tu lagu Wonder Girls Nobody. Aku memang suke menari lagu tu sangat epi kadang-kadang teringat aku menari gak dalam shower. hehe Seronok la menari bila la lagi nak meluangkan masa wat aktiviti tu. Segan la ngan rumate baru nie xbiasa sangat lagipon ngan dia so xnak la wat benda2 pelik kat bilik kang terkejot berok lak dia aku jugak yang susah. haha

To yuna aku memang tabik pada kamu yang berjaya tempa nama kat New York but I don't like la fesyen terbaru u tudung yang melekap kat muka tu.. u da xnampak cute cam dulu. Suke la trend die pakai syawl colorful berlapis2 ngan inner syria memang gorgeous sangat la u!! haha Asal cakap cam nak gedik nie?? Sebab banyak sangat terpengaruh ngan Wonder Girls la nie. ;p

Buat readers sekalian nie video persembahan Siti pada malam tu. Siti nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa yang aku tangkap leleh tu tapi dalam version Nobody dan lagu Nirmala versi rancak. Tengok banyak-banyak kali pon xbusan. Jom nyanyi n menari sekali ngan Siti. huhu




Nak pesan jugak jangan lupa taw tengok Maharaja Lawak. Ari Jumaat lepas aku tengok persembahan pertama dorang suke sangat ngan satu kumpulan nie, xingat nama dia tapi berduet la wat citer pasal Hantu Makcik Jual Karipap. Nanti try la tengok kalo ade episod tu memang lawak la guwa cakap. Nabil punya citer pasal penjual kalendar bertali pinggang. Sesuai untuk sesape yang ada penyakit batu karang. Sebab ley jadi penutup ehem2 kalo da xtahan sangat nak buang air kat tepi highway kalo da xsempat sangat tu yang xjadi kena penyakit batu karang ;D Kumpulan Sepah lak present pasal pesakit kat hospital ade yang merempit ade yang nak bunuh diri. Memang lawak sangat!!

Sunday, April 3, 2011

Plastic Surgery and Cosmetic in Korea

Salam ^_^

Aku dapat idea untuk menulis pasal plastic surgery kat Korea. Aku agak kagum ngan kecantikan celebrity Korea tapi tak sume la. Aku rase ade yang natural beauty but jangan terkejut ramai jer da wat plastic surgery nak jadi cantik.


According to the poet John Keats, “Truth is beauty and beauty is truth.” But, what if that beauty was nothing more than a surgically enhanced illusion? Is the end result a lie or the truth?
 
Korean celebrities are widely known throughout Asia for three things: the hallyu wave of dramas and soaps, the expanding pop music scene conquering regional markets, and their extensive use of plastic surgery to bolster mass appeal. Already, Korean plastic surgeons are some of the most sought-after in Asia, boasting numerous celebrity successes in their resumes.
 Read more in this article

Like article above, before the new celebrity are released to public they must undergone few surgery first. What a pain!! 

Goo Hara Rumored to be Plastic? 


Goo Hara was one of the KARA members. She was accused having plastic surgery because her look was very different when she was young and now. Lets read the article below.

KARA Goo Hara speaks up about rumours of plastic surgery brought up after there were comparisons of her photos during middle school and currently.

Goo Hara was on SBS Strong Heart aired on 5th January when she said, “This is the truth that I’m going to reveal for the first time. There is no female idol singers who will reveal such a thing.” She continued, “To say the truth if you are a female celebrity, you want to be called as beautiful by others. That was what I felt when I was young and I just made myself a little prettier.”

With that, the others around during the show had asked if she has undergone plastic surgery, she said, “I will not say that I didn’t” laughing.

She added, “Even though this is something I reveal here, the double eyelids, I have them since I was young. But our boss said my eyes looked dull in photos and hence we fixed it once.”

“Our boss also said, ‘There is no need for the nose to be higher, we shall just go for one jab shot’” and Jang YeongRan asked, “Are you talking about fillers?” and Hara said, “Yes.”
Goo Hara also said, “I only did my teeth”.

Earlier today, Goo Hara's past photos were revealed. Before debuting as a member of Kara, she was a model for an online shopping mall.
  
True beauty lies in your inner, and if you are charming woman, it's a gift...
 
You shall be greatful for that. 

Saturday, April 2, 2011

Nape lelaki mudah beralih arah

Assalamualaikum ;)

Hi everyone. How's ur day?? Great?!! Mine biasa-biasa jer. Ok today I wanna share some tips based on my experience, from stories dat I read or heard.. Or dat the true facts we didn't care about. I really like to read d articles about marriage I don remember exactly d column's name but u can find it at PancaIndera published every Sunday together with Utusan Malaysia. 

There's one story a real story n dis came from wife where her husband have been cheated on her back with other woman n she know it very late becoz she thought her husband was too nice when she married him. Dis is d story..

She get married during her final year at university same with her husband. So they had very hard life at d early marriage coz don get a stable job. However, she's got first d job n support her husband. They go to work by motorcyle n he always been beside her doing all d things. Take care d their children, doing household. Then, after a couple years maybe he get a stable job n d she has become executive. So dere's no prob, they got everything children, good job, big house n car. Then, she noticed dat her husband were going home late, don care about children n dont want to have sex anymore.

Then d woman tells dat she found hotel resit at his pant's pocket when she wanna wash d pant. She was disapointed n ask directly to him is dat true he had an affair with someone else. N he admit dat he meet dis gurl at his office n dis gurl has a good appearance compare with her. He told his wife that he likes d gurls body odour n her nail was so pretty not like her. He always can talk about politic, business or anything but not with her wife coz she only talk about children, household so he boring. 

She realized that she only pay an attention to her family not to herself. So after she get divorce, she allocated quarter of her salary for herself, buy a nice clothes, go to spa.. get a beautiful skin.. n dats wat a man want from her wife. Even after get married, he always want d woman to be d same, not changed. Wear nicely, put a make up on her face n take care about her skin n body odour.

To woman please la be d same. When u wanna have a date, u will be d beautiful person ever but when u already be a wife, u just ignore d beauty part. Its so wrong ok dear. I'm sure dis story was very common to u but most of u don't take for granted.

kUcing rindu sama kamu

Assalamualaikum ;)


Selamat berhujung minggu kawan-kawan. haha Seronok sangat dapat berehat jap membuang masa di depan laptop. Bape ari lepas mak tepon aku kangen bangat kot sama aku sih. Masakan tidak, genap dua bulan guwa enggak blek. hihi Aku rasa kucing-kucing kat rumah pon kangen juga sama aku. Cayang la kucing-kucing aku. Gamba kucing nie aku cilok dari google jer. Gamba kucing sendiri enggak ada dong. 

Oleh kerana malam nie malam kucing sedunia meh ler kita mengenang gelagat kucing yang mencuit ati sesape sajer yang melihatnya. huhu Aku ingat lagi dulu ade dua ekor anak kucing adek beradik. Kalo xsilap aku orang buang la dekat rumah. So panik xtaw nak bagi makan ape sebab kucing masih kecik lagi n menyusu ibu lagi. Cian dorang kejam sungguh la sape yang buang tu tunggu la beso cket erk da ley cari makan sendiri. Then, aku pon curi susu tepung mak aku cket bagi. Die xmau bau lembu kot. huhu Pastu aku try beli makanan kucing whiskas tu yang basah punyer senang la kucing tu nak kunyah nanti. Aku beli yang paket kecik-kecik harge singgit ke singgit dua. Beli ar different perisa ade mackerel (ikan kembung), tuna, ayam tapi aku prefer tuna n mackerel ar.

Shuke plak anak kucing tu makan. Berterusan aku bagi dorang makan ngan benda tu sampai badannya da bulat debab. Dari kecik terus membesar membesar xsedar aku. hehe Comey sangat bulu die lebat alaa2 kucing parsi kaler oren ngan ape ntah. Lupe da aku. Skang kucing tu da xde da lame mati sebab satu kena langgar ngan cina depan rumah satu lagi abang aku bawak gi rumah die then lame2 die saket pastu mati. Xtaw punca mati sebab ape. Sungguh menyayat hati. Blek dari u mase taon satu ker dua kucing da mati. ;(

Ok2 xnak ingat blek kisah lame kita sambung citer tadi. Kucing nie mcam twin aku tengok. Rupe nak dekat same kaler laen cket. Da ler gemok, comey aktif plak tu. Memanjat sane berkejar antara dorang maen hide and seek kat celah rumput. Kat balakng rumah n tepi ade kawasan rumput ngan pokok so seronok ar dorang berkejaran. Ade pernah gak die lari-lari macam orang gila then panjat pokok bunga kertas mak aku yang tinggi tu sampai kat atas pastu nak turun susah. haha Aku gelakkan jer dari jauh. 





Ade kisah lucu kucing yang skang nie ade kat rumah. Nak kate anak kucing bukan nak kate ibu kucing pon bukan senang kate anak dara sunti la. ;D Ade sekor lagi kucing ibu n die ade la 2 ekor anak yang kecik lagi. Ade sekali tu aku gi la kat blakang kat mesin basuh so ley nampak kucing nie. Mase tu petang dorang pon suke tido petang2 landing kat simen ramai-ramai. Aku terkejut tengok yang anak dara kucing nie dok ngah syok isap susu kat ibu kucing nie. Amboi2 bajet die tu kecik lagi da tue bangke aku tengok. Aku cam geramkan aku datang dekat lalu aku sergah ler kucing tu. Kucing tu lak terkejot. hehe Lalu xsambung isap susu lagi. Yang ibu kucing lak bagi jer. isy2.. heran betol.

Aku ingat lagi mase kat rumah lame dulu ade kucing gak tapi besar da. Aku dari kecik da suke paksa2 kucing tu. Wat macam-macam la kat kucing tu cam seksa jer nak melayan kerenah aku yang ntah pape nie. Kan ade langsir kat pintu blekkan?? Aku yang kreatif sangat nie ikat langsir tu n wat cam buaian bagi kucing tu duduk dalam tu. Kucing tu meronta-ronta xnak dok elok dalam tu kejap jer pastu da bangun nak lompat kuar. Aku yang degil nie tolak badan die suro baring blek lalu aku pon tolak ler buaian tu bajet cam nak buaikan anak lak. Haha kecik2 da pandai da. Cian kucing tu terayun-ayun jkat dalam buaian tu mesti kelemasan ngan pening-pening lalat. 



Alahai comeynyer awak berhimpit2 camtu.. hehe






Syok plak aku tengok kucing nie landing atas bear.. hikhik




Cian kucing nie tersepit pale die kat penutp tandas.


Citer pasal kucing dalam kesusahan aku selalu jer tolong selamatkan anak-anak kucing sebab mak aku pape panggil aku jer. Pernah sekali tu taon lepas aku baru jer blek dari blaja driving nie da lewat petang ujan selebat-lebatnya. Sampai kat rumah aku terus gi belakang check anak kucing 3 ekor. Sebab dorang suke lepak kat longkang kecik balakang rumah. Longkang tu plak bersambung ngan parit kat luar rumah yang dalam cket sampai terus ke tempat2 laen. Aku tengok sekor jer ade. Due ekor lagi xde. Aku tanye kat mak, mak kate maybe kucing da kena hanyut kat parit belakang. Naseb baek tepi parit jalan tar so xbahaya sangat aku gi. Air deras gler aku kuar cari kot jumpe skali dengar bunyi kucing mengiauw kuat. Jumpe kucing tu berjaya naek kat tepi parit aku cepat bawak kat rumah. Cari lagi sekor xjumpe da gi sampai rumah yang ujung da xjumpe gak. Samapi aku suluh parit tu gelap sangat xnampak sebab da maghrib. Pastu aku pusing ke depan sane plak lepas tunggu ujan reda cket. Aku riso sangat mase tu ape la jadi ngan kucing tu sebab da 2 jam lebey da nie. Serius kalo la siang aku nampak gi merayau cari tapi da malam. 

Las2 xjumpe soknyer mak kate nak cari tengok kat rumah jiran kot2 jumpe bangkai die ker tapi xjumpe gak. Mak kata ntah mane da hanyut. wuuu. Cdey gler aku cam nangis gak cket sebab xley tolong selamatkan die. Serius rase bersalah gler2. Pernah gak aku tolong anak kucing terjatuh kat mangkuk tandas licin payah nak naek ak tarek cepat then mandikan kucing tu. Mak n abah aku selalu kate kalo kita bagi makan kat binatang or tolong binatang kat akhirat nanti die akan tolong kita balik InsyaAllah. Nabi pon sayang kucing kan. Ape-ape binatang pon kalo nampak die lapar ke aper plez la bagi makanan kat die. Binatang tu pasti akan ingat kat kita.

Macam kucing kat rumah aku tak pernah la bagi name kat dorang. Jus panggil nyioww jer. Bila nak bagi makan dorang bukannya ade kat rumah pon ntah merayau ke mane ntah. Panggil jer dorang cepat2 lari ke rumah sebab dengar suara aku panggil2 dorang, miaow2.. aku lak yang da jadi kucing.. Haha Dorang cam suara aku walau mase tu jauh giler dari rumah. Aku pon slalu communicate ngan dorang. huhu jangan ingat aku gler plak erk. Ika nie xsiuman agaknyer bley lak berborak ngan kucing. Macam paham jer bahasa dorang. Aku xler paham aku jus ckap jer la. Ko aku jer ngan kucing tu. Kadang2 bler ader kucing baru datang nak tumpang sekali kat rumah kucing yang rumah da macam nak cari gaduh lak. Konon protect territory la xbagi kucing laen masuk. Aku marah dorang selfish sangat xkasi orang tu makan. Ceh bergado lak ngan kucing tapi aku taw dorang paham. huhu