Tuesday, November 12, 2013

Khasiat GLA Complex

 Assalamualaikum ;)

Kali nie I nak share khasiat GLA pulak. Tak kenal maka tak cinta yer dak. Saya dah jatuh cinta dengan ESP sebab sekarang dah tak ngantuk sangat kat office. Dari dulu lagi saya memang tercari-cari produk yang boleh bagi extra energy. Nak minum Kacip Fatimah atau minuman tenaga berunsurkan kopi memang tak boleh minum langsung terus kena migrain pastu. Dan sampai sekarang memang tak pernah makan supplement tambahan kecuali yang pernah makan UPC SF, RA dan Maixara tapi yang ni supplement untuk kecantikan jer. Bukan untuk bagi tenaga tambahan.

Kerja saya sekarang memang tak menang tangan. Boleh kata hampir tiap hari banyak kerja. Dari pagi sampai ke petang tak boleh duk rilek. Tambah lagi nak take over projek baru. Lupa nak share sekarang saya dah kerja kat tempat baru. Dapat offer yang lagi best alhamdulillah rezeki. Sekarang saya dah jadi planner balik tak jadi Safety officer lagi dah. huhu Kerjanya sekarang more to production kena jaga eksport barang, planning dan seumpamanya. Eh kita lupa cakap kilang ape. Kilang kita kerja dekat jer ngan rumah, dalam 20 min dah sampai kat Seksyen 22 berhampiran dengan kilang F&N. Dulu-dulu memang nak sangat kerja dalam bidang aerospace. Sebab minat sangat dengan pesawat. Nak amek course Aeronautic dulu tak kesampaian sebab terpilih Matematik Industri sebagai 1st choice. Tapi alhamdulillah walaupun lambat cita-cita nak tercapai, dapat jugaklah rasa bekerja di bidang ini walaupun hanya buat komponen pesawat jer. Dapat jugak bagi sumbangan kat dunia kapal terbang kan. hehehe

Panjang pulak cerita patah balik kat cerita asal. Jadi planner memang penat kalau uols nak tahu. Antara kerja yang mencabar. Stress, sakit kepala, terkejar-kejar itu perkara biasa. So nak jadi cerita saya search info pasal ESP nie kat google sebab ada terbaca kat blog kawan yang dia minum kulit bertambah cantik dan badan pun tak letey siap tunjuk gambar terbaru sekali. Teruja sangat masa tu eh betul ker best sangat nih nak try laa.

Tapi disebabkan kesibukan melampau huhu baru sekrang dapat minum ESP setelah jadi independent distributor Shaklee. Memang berkesan!! Tak tipu.. First time minum saya terover dose hahaha. Ingatkan 3 sudu besar rupanya sudu kecik. hehe apalagi terang bijik mata. Dari terkulai layu penat balik kerja terus boleh update blog. Sejak dah kahwin nie agak penat sikit sebab nak uruskan rumah, masak untuk husband, layan husband. Pastu sampai bisnes terabai hehe.. Kulit pun dah tak kusam sebab sejak dah penat sangat nie malas nak belek muka. Pakai toner pun tak amek yang asas jer. Just pakai sabun tab, krim siang n Maixara.

Then after baru 2 hari amek Shaklee dah boleh nampak kulit tak kusam sangat. Nampak berseri sikit dari selalu. Kulit pun tak kering lembap-lembap jer. Kalau terus amalkan maybe lagi marvelous kesan dia kan. Until now tak skip lagi minum ESP 3 sudu sehari. Best badan dah tak berat lagi. ;)

So tajuk pun dah menyimpang jom kita baca sama-sama khasiat GLA. Antara salah satu produk famous Shaklee.



Apa itu GLA?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

Sedikit info mengenai GLA Complex 

- GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

- Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

- Dalam kes diabetis, ianya mampu menghalang komplikasi diabetis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan rasa kebas2 dan kesakitan.


Untuk Wanita, GLA Complex membantu anda

* Menstabilkan Hormon
* Membantu membetulkan kitaran haid
* Membantu meingkatkan tahap kesuburan
* Membantu penurunan berat badan
* Mencantikkan kulit


Khasiat dan kebaikan GLA COMPLEX SHAKLEE
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf

See that's why lah GLA menjadi produk hot di kalangan wanita. Sangat-sangat disarankan kepada wanita-wanita di luar sana ;) Saya nak share testimoni pengguna GLA Complex.

GLA boleh kecutkan cyst, perbetulkan semula kitaran haid yang tak normal serta membaikpulih tekstur kulit. Senang kata pakej lengkap untuk wanita.











Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian produk Shaklee boleh hubungi saya seperti tertera di bawah. InsyaAllah saya akan bantu ;) Kalau nak COD area Kota Kemuning or Shah Alam inform saya awal2 k.



Atikah [IKA]  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1001981]
013-7549178|nuratikah.jaafar@yahoo.com |FB Ika Kreuk|Page Ika Kreuk-Miracle Tab

No comments:

Post a Comment