Saturday, July 6, 2013

My Memorable Wedding

Assalamualaikum ;)

Alhamdulillah sekejap jer dah sebulan berkahwin. Sepanjang tempoh tu memang sibuk dengan rumah baru. Boleh kata hampir tiap hari keluar beli barang keperluan rumah. Huhu Tak sempat lagi pi honeymoon. Plan nak pergi after raya dan kitorang masih belum sempat survey tempat menarik sebagai pilihan.

Majlis nikah lepas kami adakan pada hari Jumaat 31 Mei 2013 selepas isya'. Majlis bermula pada pukul 8 malam dengan majlis tahlil arwah abah (Ja'afar bin Lamin). Kemudian bersambung dengan majlis nikah pulak pukul 9 malam. Imam sampai lewat dari waktu dijangkakan sebab dia pun tak sihat sangat lepas balik umrah hari tu. Majlis habis lewat dalam pukul 10.30 tapi alhamdulilah sangat meriah dengan gelagat husband dan imam yang kelakar. huhu.. Asek gelak jer malam tu.

Suasana sekitar majlis nikah..... ^^ Pictures kredit to ZL Photography thanks Abang Fazil for this luvly pictures!!! ;D






Gamba kat bawah ni pulak anak buah yang amek. hehe tak edit pon



Sebelum keluar ke depan dinikahkan. Posing banyak2 dulu dalam bilik hehe..



tahu tak before salam cium tangan husband nie masa imam cakap pengantin perempuan boleh cium tangan suami, Hafiz yang grab tangan aku dulu almost cium baru tersedar. huhu.. neves sangat ke tak sabar aku pon tak tahu.
 


dengan anak-anak buah yang dah besar kebanyakannya. Luv uolss rajin tolong masa majlis moksu haritu!! Thanks a lot..


yang pakai baju hijau nie anak buah paling tua sekarang study kat UTM Skudai. Nama dia Farhana dan sebelahnya pulak Liyana. Ada sorang la Husna.
Selalu jugak akak aku tersasul bila dah ramai-ramai nak panggil Liyana panggil Fana, sampaikan moksu dorang pon terbabit walau xde 'na' kat belakang. Na na na shananana...


Majlis bersambung pada hari esoknya Sabtu 1 Jun 2013.. Ada sebab aku pilih tarikh 1 Jun salah satunya bufday aku 6 Jun disebabkan jatuh pada hari Khamis so 1 Jun jadi pilihan. Bufday aku memang jarang sambut hujung minggu. huhu...



Sume pakat nak pakai sedondon so aku tempah tshirt dan beli kain untuk dorang. 



Location outdoor kat Tanjung Emas, Muar. Tapi sayang mata aku kecik sangat nak terpejam. Time bergambar memang hot cuaca agak panas dengan bulu mata lagi sampai tak larat nak bukak mata. Anak buah I sume comey2.. hehe
 

 Haaa.. sampai terbaring-terbaring kitorang kat sini. hahaha Lentok habis..





Best kahwin nie hehe rasa nak kawen lagi ada tobat nak kahwen lagi pon ada. Serius penat uols sebelum and selepas majlis. Penat tak habis-habis.. Alhamdulilah puas hati sangat sepanjang majlis memang hepi jer seronok dapat jumpa membe-membe lama. Thanks jugak buat sume adik-beradik, saudara mara dan sahabat yang datang tolong serta bagi hadiah yang best-best!! Tak terbalas jasa korang. Moga Allah yang membalasnya..;)

Skang ak nak review pasal shawl nikah dan sanding aku. Hasil kerja tangan my friend Aisyah ;) Pemilihan manik dan lace sume aku pilih sendiri kemudian dia jahitkan. Last minute tu buat lagi seminggu lebih nak nikah baru jahit. Sumenya sebab aku tak tahu mana nak cari shawl yang penuh dengan beads. At last Aisyah offer untuk jahit. Thanks yer Aisya. hehe



Okey nie gamba close up shawl nikah. Warna putih agak kotra sikit dengan baju nikah aku off white. Lace dan beads di jahit penuh sampai atas kepala dan tepi. Shawl pula aku beli halfmoon kosong dekat Jalan Tar. Murah RM10 jer. Beads & lace yang mahal sikit. So if berminat dengan hasil kerja tangan beliau boleh hubungi sekarang. Harga bergantung pada design yang dipilih. ;)

Aishah Khalid
019-6316744 / 017-6197546

atau klik page

3 comments:

  1. Congrats Ika!
    Sorry le tak dapat datang.
    Papehal thanks for sharing those beautiful pics of your wedding.
    Tak dapat datang, tengok gambar pun jadilaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe enggak apa2. Janji boleh share hapiness dengan orang lain pon dah hepi gler. Btw kalo ade rezeki nanti aku turun Johor tapi xtaw la bler.

      Delete
  2. Sis kalau nak sewe shawl sis ni blh ke??

    ReplyDelete