Tuesday, April 23, 2013

I shall be happy on my big day

Assalamualaikum ;)

Hanya tinggal 5 minggu jer lagi sebelum hari yang di nanti-nanti. Orang kata kahwin nie best. Best ker dah rasa sendiri best la jugak tapi bila dipikir-pikir balik persiapannya memang memeningkan kepala aku.

Korang nak tahu stress jugak buat persiapan kahwin, nak-nak if kita nak yang terbaik untuk hari wedding nanti almaklumlah sekali tu aje dan time tu ramai tetamu penting yang hadir. Hopefully semua happy la bila datang, dan terkenang-kenang bila dah balik rumah (hehehe boleh sampai mimpi nak wedding macam nie jugak) its over hokayyy..

Masih ada lagi yang tak setel macam baju nikah!! Baju nikah aku tak pi beli lagi. hehe Sebab banyak sangat kejutan dan perubahan pada waktu dan majlis tu yang semua bertukar. Mula-mula nak pakai jer baju yang disewa kat Gee Cantik tapi last-last bertukar sebab rugi pakej mereka cover untuk sanding dan baju persalinan if aku nak baju nikah dorang so kena pilih baju kaler soft or putih tapi glamour sangat la pulak. Apis tak mau buat baju nikah katanya membazir sebab pakai sekali tu jer. Lepas tu simpan sampai berhabuk dalam gobok (bahasa orang Muo) hehe

Terima kasih Aisha Khalid sebab sudi hulurkan tangan menolong saya. Dia tahu saya sangat penat survey sana sini, plus business saya lagi. OMG.. Raw material untuk hias meja guestbook belum beli lagi, buku autograf, sticker doorgift, tshirt sedondon untuk family, bahan-bahan untuk hias doorgift dan hantaran. Barang-barang hantaran semua da setel cuma tunggu untuk dihiaskan saje. Bagus jugak buat persiapan 6 ke 7 bulan awal jadi semuanya siap awal. Cuma aku bimbang pengantinnya da cukup bersedia ke tidak. ahahaha.. 

Bulan terakhir nie perlu jaga kulit muka dan menjadi semakin rajin skrub badan di rumah.. ehehehe macam tak percaya ika dah jadi rajin. Thanks to this blog Namee Roslan coz bagi tips-tips yang berguna dan boleh pakai sebagai persediaan menjadi raja sehari. Antara tips-tips untuk kulit berseri dan gebu masa hari wedding nanti

  • Banyakkan minum jus yang kaya dengan anti-oksidan macam buah berry, strawberry. Info nie dari blog Namee. Tips dari Adira untuk kulit gebu dan cerah. Bagi aku pulak, since few weeks lepas, aku dah mula minum pelbagai jenis jus yang kaya dengan Vit C dan E kerana vitamin-vitamin inilah yang boleh buat kulit anda cepat fairer. Kulit aku dah cerah sebenarnya cuma nak putih macam cina tu boleh tak (tangan kat bahu mata ke atas)

  • Sekarang aku amalkan makan supplement seperti UPC atau RA atau Maixara sebelum tidur. Once makan supplement nie kena banyak minum air putih taw bagi mudah toksin keluar dan nak nampak kesan cepat. Minum air banyak bagus untuk lembapkan kulit. Biasa la kalau dah duduk rumah sewa nie kurang makan sayur dan buah jadi supplement la penyelesaian terbaik. Pastikan supplement dari sumber semulajadi dan tak merbahaya untuk kesihatan. Cara terbaik makan supplement adalah sebelum tidur serta selepas makan. Jadi khasiat dari supplement boleh diserap dengan baik dalam badan tak ditimpa dengan makanan. Masa yang elok makan supplement adalah waktu pagi selepas atau sebelum makan bergantung pada jenis supplement dan juga malam sebelum tidur.

  • Korang boleh juga lakukan scrub sendiri di rumah. Aku memang dah beli lama garam spa berasaskan yogurt murah jer dekat Mydin. Packing kaler pink gitu. Overall best juga basahkan badan dulu then gosok secara memutar biar selama 3 minit untuk garam tu meresap dahulu ke dalam kulit kemudian baru bilas. Dah bilas barulah sabun badan dengan shower macam biasa. Seriuss weyy memang halus dan lembut gila kulitku. huhuhu

  • Seriusly, amalkan mandian berasaskan susu kambing kulit badan cantik taw. Tak ada masalah dan semestinya rasa lembut dan lembap. Saya tak suka pakai lotion sebab melekit tak selesa lagi satu suka sangat basuh tangan haha buat membazir lotion ak jer. ;p Mandian susu jugak boleh cerahkan kulit but of course la in long term. I loike kambing *kambing yang dapat nama ihikss

  • Rajin-rajinkan diri pakai mask 2 kali seminggu untuk kulit wajah yang sempurna tanpa cela cewahh. Tapi aku merajuk dengan ikan bilis sebab mencelakan balik wajah aku yang dah ok nie. Kesian Miracle Tab dah berhempas pulas pulihkan kulit aku tapi dek kerana resdung yang derhaka sume usaha punah ;( Tak kisahla mask ape pun kalau aku suka pakai Shiseido Mask dari Tokyo, Japan memang berkesan menghilangkan whitehead dan blackhead yang degil nie. Harga cuma RM2 sekeping sempat promote ^^

  • Jangan lupa pakai toner selepas cuci wajah sebab toner nie sangat bagus untuk kurangkan sebum or minyak di muka. Selain itu, bagus untuk rapatkan pori-pori yang terbuka. Macam aku, I like using toner dari Safi Balqis yang botol biru tu. Guna cotton pad mesti tanggal kotoran hitam sebab environment kita always ada habuk dan particle halus yang kita tak nampak. Jadi serahkan tugas membersihkan wajah kepada toner. Selepas itu, baru aku tepekkan HD Glow Essence dari Miracle Tab sebab HD nie guna dia tak payah pakai cotton pad sebab rugi. Hanya titikkan kat tangan then tepek-tepek ke muka macam pakai SK-II tu. Memang superb pakai HD nie.

  • Moisturizer jangan sesekali tinggal yer sebab pencuci wajah, toner dan pelembap sama pentingkan. Jangan di anak tirikan pelembap itu hanya kerana muka mu jenis berminyak. Kalau korang nak tahu, kawan aku pernah bagitahu yang bila kita pakai bedak compact directly tanpa alas dengan sebarang pelembap kulit kita akan jadi kering lama-lama sebab bahan dari bedak compact tu boleh serap kelembapan kulit kita. Aku sendiri rase bila malas nak pakai krim dahulu terus kawasan hidung dan sekitarnya jadi tak best sebab kering sangat. Kulit aku bukan jenis yang kering pulak tu. HD Advance Whitening Fluid boleh gak jadikan lotion taw!! Aku pun sendiri cuba sejak minggu lepas-lepas. Cepat cerahkan dan lembutkan kulit tangan. Aku pakai before tidur dan masa keluar jalan-jalan. Memang terbukti berkesan taw!! Tak adalah nak sarung cincin nanti tangan aku golap. hehe

  • Banyakkan minum air masak atau mineral. Macam aku tak suka minum air yang dijerang tapi suka sangat minum air mineral Cactus. Sampai ada stok yang banyak kat rumah sewa ni. Aku selalu beli satu kotak besar terus so tahan lama. Bagus taw minum air mineral nie banyak zat-zat mineral yang penting. Terutama bila cuci muka. Elok sangat. Tapi aku tak buat macam tu la dah la air mineral beli kaya hang nak bazir-bazir buat cuci muka. fuhhh.. At least minum satu botol besar ok kurangkan air manis sebab petua nak awet muda jangan minum air manis selalu. Air manis boleh buat muka cepat nampak tua dan tak bagus untuk kesihatan dalaman bagi jangka masa panjang. 

  • Bagi yang jenis kulit berminyak macam aku nie, seminggu sebelum hari nikah tu cuci muka dengan air ais. Boleh tegangkan kulit dan rapatkan pori-pori so sebum pun merajuk lama-lama sebab menggigil kesejukan. Baru nak keluar dah beku. Saya pernah buat dulu dapat tips nie dari majalah ternyata berkesan!! Elok nak-nak masa nak make up, make up jadi lebih smooth dan tahan lama.

  • Nak tahu air wuduk pun boleh buat muka anda bercahaya tau. Banyakkan berzikir dan baca quran boleh buat hati tenang dan positif. Itu yang saya amalkan sejak dulu lagi. Stay positive dan elakkan dari bermuram banyakkan senyum dan hepi-hepi selalu. huhuhu...

Selamat mencuba!!! Moga muka I berseri-berseri di hari majlis nanti. Teringat rancangan bintang mencari bintang TV3 lawak betul Faizal Ismail ;D

Sekian.

No comments:

Post a Comment