Thursday, April 18, 2013

Berdebar Menunggu Hari Penting Dalam Hidup

Assalamualaikum ;)

Tajuk da panjang gila entry pun mesti panjang juga kan. Dah lama tak menulis hal peribadi kat blog nie. Dah jadi blog business pulak lately. Ada peristiwa kelakar yang saya nak share kat korang. Sepanjang berbusiness nie selalu sangat jumpa new customer. Biasalah bila da ramai orang, so bermacam-macam gelagat aksi. Salah satunya respon dorang bila jumpa saya. Masih ingat lagi dengan Kak Lisa dari Sepang kebetulan singgah di Shah Alam deal untuk berjumpa malam. Tak sangka pulak dah lewat malam baru dapat jumpa. Dia suruh bawak semua produk yang saya jual sekali. Masa tu jumpa kat Petronas berdekatan seksyen 18.

First-first keluar dari kereta usung kotak hehe dia dah recognize dan salam perkenalan dia cakap "Hai ika masih sekolah lagi ke??" dengan riak muka surprise. Haha Aku tergelak-gelak kat situ lalu jawab tak adalah dah kerja da pun. Umur saya 25 kak. Ada jugak yang kol panggil saya Puan Ika. Nak tergelak lagi sampai kena cakap " eh panggil saya Ika jer, saya tak kahwin lagi" sebab dia berulang-ulang kali panggil Puan Ika. huhu..

Macam tak percaya jer tak lama lagi akan bergelar Puan Ika. HEHE Layak ker dipanggil begitu muka pun tak matured. Balik dari kerja dengan uniform kerja nak beli goreng pisang kat makcik gerai, dia menegur baru balik sekolah ker dik?? OMG.. Eh tak saya da kerja la makcik hehe dah lama habis belajar. Lepas nie boleh lah saya menipu umur bila orang dok tanya. Boleh ker?? hakhak..

Back to the entry, dah tak lama sangat lagi (ayat terabur) bakal tiba hari wedding. Alhamdulillah semalam da dapat surat kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Klang, Selangor. Mula-mula tersilap pergi JAIS dengan yakinnya sedangkan dalam surat permastautin menetap kat Kota Kemuning, Shah Alam. Da duduk depan Pendaftar Nikah ni dengan abang and dua orang saksi member baik kat tempat kerja. Ustaz tu check-check borang then tanya sekarang duduk kat mana. Kenapa letak alamat Muar dekat sini. Aku pun konpius jugak masa isi form online nie, nak letak alamat Shah Alam ke Muar. Tapi nanti nak nikah kat Muar. Isy konpius-konpius. Alamat dalam ic alamat Muar. 

Setelah mengharung beberapa cabaran, da sampai pejabat agama Klang dia check-check then aku confident gila tak copy dokumen belah lelaki so dia suruh aku pi photostat dulu bersama satu lagi copy sijil nikah mak ngan abah and sijil kematian abah. Da berjaya dapatkan surat kebenaran nikah, rasa terharu sangat hahaha sampai masuk jer kat kereta cakap kat abang aku (ni abang kandung ok jangan silap paham hehe) Yeay!! Da boleh kahwin!! Adakah kerana sindrom da gatal sangat nak kahwin or terlampau hepi sebab berjaya harung proses daftar nikah yang panjang berjela. Nak-nak bila dah buat HIV test. Owh da lulus nie dah boleh kahwin..hekhek.. Sebab aku memang coward dan kedekut bila orang nak amek darah sikit pun.

Next week kad kahwin siap dan this weekend nak shopping beli barang yang tak ada lagi. Actually saya buat persiapan kahwin dah lama. Sejak bulan 10 tahun lepas dah survey-survey nak sewa baju, pelamin dan mekap dengan butik mana. Bulan 12 aku da pi fitting baju siap-siap. Awalkan?? huhu semangat sangat sebab Apis nie yang lebey-lebey dok bagi aku stress bila kita nak pi fitting baju ni. Suruh saya setkan date yang sesuai deal dengan owner butik tu sebab jauh nak pergi dekat Masjid Tanah sana. Aku sangat suggest butik nie sebab make up dia tip top make up artiss. Boleh pay a visit dekat butik Gee Cantik. Pakej bermula dari 2k sampai la maksimum yang korang mampu. Huhu.. Sangat gorgeous make up by team Gee Cantik terutama Faizal. Saya tak suka dimake up oleh mak andam lelaki sebabnya nak jaga aurat dan batas-batas tertentu. Mak pun dah pesan jangan amek andam nyah sebab tak elok salin baju sume depan dia.

Photographer pulak saya suggest ZL Photography based in JB if korang stay area Johor la. Urusan dengan Fazil sangat mudah, dia mudah mesra dan harga boleh tawar-tawar lagi. hehe.. Saya kalau beli apa-apa barang kalau tak tawar tak sah. Puas hati kalau dapat harga lagi murah. Itu adalah skill saya bab pujuk memujuk. huhuhu.. Saya dan tunang memang suka snap picture tapi disebabkan dia busy sangat dengan kerja site dia so if jumpa dah kurang ambil gambar cam dulu-dulu. Nak-nak kulit dia dah burn!! Haha Selalu ingatkan dia jaga kulit tu dah tak lama lagi kang tak cantik dalam gambar golap sangat. Oleh sebab aku jual beauty products, habis dengan dia-dia sekali aku paksa makan Beutskin Essence. huhu. Then dia sendiri mintak Shiseido mask. Pastu excited nak pakai sebab dah cerita kat dia best pakai mask nie. Kulit lebih cerah, licin dan nampak new. Dia pun cakap best.. huhu

Risau jugak ni dengan keadaan kulit yang tak menentu sebab allergik dengan banyak makanan yang gatal-gatal. Kadang-kadang kulit licin kadang-kadang naik jugak seketol dua jerawat. Sekarang dalam proses pemulihan balik kulit sebab naik gila makan banyak ikan bilis haritu. Tak sangka kesan makan ikan bilis ni teruk sangat. OMG terus haramkan ikan bilis. Sekarang hari-hari makan ikan tak nak makan ayam sangat. Da la semua tak boleh makan contoh macam telur, ayam, sotong, udang all the seafoods, ikan bilis, belacan palinglah tak boleh, ikan masin, ikan tongkol, terung.. Fuiyoo banyak gila. Serius bila resdong dah jadi kritikal apa pun tak boleh. sobs sobs :(

Kenalah berkorban supaya masa wedding nanti tak lah kulit muka buat hal. Saya sangat alergik dengan habuk sejak kena resdung ni. Hidung akan tersumbat-sumbat kalau menyapu. Protection kena pakai mask or ikat tudung tutup hidung. Owh seksanya hidup ini.. Selalu kena berleter dengan mak sebab muka tak selicin dahulu. Dulu saya rajin wat treatment dekat spa masa kat UTM. So boleh la balun ayam penyet kegemaran tuuu. ^_^ My tunang selalu goda-goda makan ayam penyet sebab itu favourite dia. Bila dia nak makan ayam penyet eh kita pun nak makan jugak. Cehh instict sama jer then laju-laju terus drive ke Seksyen 27 sebab situ punya ayam penyet marvelouss gua cakap.


Hehe nak jugak share lately susah sangat nak tidur malam sebab dalam kepala ni asek berfikir je. Macam-macam pikir. I'm perfectionist selalu nak yang terbaik. Tu yang tak boleh henti berfikir untuk majlis nanti. Apis pun dah paham sangat sebab tu la hire aku jadi PA dia sejak plan nak kahwin nie. Semua aku isy nak tu ini gtaw jer aku. Semua aku lah setelkan bab survey menyervey nie. Senang sangatkan. Untunglah orang tu. Dah cakap dekat dia pas kahwin saya tuntut gaji yang tertunggak. wahahahah..



Dalam bilik hotel sorang-sorang masa time break ;D

No comments:

Post a Comment