Thursday, November 29, 2012

My skin improve ;)

Assalamualaikum ;)

Nak share ngan korang nie, aku sangat berpuas hati dengan kulit aku sekarang. Da tak keluar lagi jerawat besar cam dulu sejak pakai sabun miracle tab. Actually penyebab utama muka aku naek jerawat yang agak teruk disebabkan aku ada resdong. Oleh kerana aku kerja kat industri, so kulit pun terdedah dengan habuk dan chemicals. Kulit aku very sensitif tak boleh pakai skin product yang kasar.

Serius miracle tab memang serasi sangat. Bila cuci, rasa segala kotoran dan minyak hilang. Muka pun susah nak berminyak cam dulu unless aku pakai krim yang sememangnya senang berminyak. Kulit pun makin cerah berseri-seri. Cewah nie perasan sendiri ke ape. huhu... Akak ada tegur muka da nampak bersih. Parut jerawat ada lagi sebab dulu memang teruk gila skin aku. Nak menangis bila tengok muka kat cermin. Nak make up lagilah tak ada moodkan. Pasnie nak try HD Whitening Fluid lak. Ada jugak terfikir nak wat business miracle tab. Yelah memang da terbukti berkesan kan.

Sempat lagi aku nak dapatkan kulit yang lama, flawless skin.. haha.. Akak aku da bebel-bebel kat aku suruh pantang makan jangan bedal jer sume. Nak kawen muka kena licin. huhu.. Bukan nak cakap pe ar, sejak aku guna sabun nie, aku bedal jer sume selalu time weekend la, sotong ker, belacan ker, dan paling penting telur! Makcik yang aku berubat pesan jangan sentuh telur, tak kesah la telur mata ker, telur rebus ker asal kata telur jangan makan sebab boleh datangkan resdong teruk.

Oleh sebab sabun miracle yang memang ajaib nie, aku hentam makan ape pon muka tak akan kuar jerawat yang besar selalunya kalau pecah boleh kuar darah banyak. Tu yang tak suka kalau kena jerawat resdong. Then, akan jadi parut teruk susah nak hilang. Sedih-sedih.. Apelagi cepat-cepat pi bli bagi sape-sape yang ada same problem. Bak kata akak Estee Lauder yang promote make up dia kat aku, muka ada satu jer. So kena jaga elok-elok. Huhu akak tu memang cantik. So azam baru nak jaga kulit muka dan badan elok-elok...Tak mo malas-malas nak bersihkan muka pakai make up remover pas pakai make up.

Lupa nak cerita harga dia. Seketul baru RM70 SAHAJA. Ada penekanan di situ. hehe.. Toksah risau sabun nie tahan lama cuma jangan terendam dalam air jer, make sure always kering. Sabun nie organik so bila terkena air mudah cair. Potong kecik-kecik masukkan dalam bekas tertutup. Boleh juga guna untuk badan kalau rasa nak putihkan badan u'olls! (dalam nada gedik).

 Nie lah tab soap nyer. Aku da tinggalkan Clean n Clear terus jatuh cinta kat miracle tab. Da tak pandang kat yang lain. Hehehe...

Tab Soap ni bersifat anti inflamasi, anti oksidan dan memainkan peranan utama dalam fungsi anti toksin, dan ini akan memberikan perlindungan anti oksidan, terutamanya kepada sesiapa yang inginkan perlindungan daripada kesan penuaan awal, jerawat, warna kulit tidak sekata, pigmentasi, dan ribuan lagi masalah kulit yang lain. Tab Soap juga merupakan agen anti radang sehingga mampu mengurangkan kemerahan, bintik hitam, dan pembengkakkan pada jaringan yang rosak sekitar kulit. Produk ini bukan hanya mampu menghilangkan jerawat, tapi berpotensi untuk merawat parut dan bekas jerawat secara signifikan semaksima mungkin sehingga kulit anda menjadi cerah dan tidak dimakan usia. Diadun dengan bahan semulajadi, pembersih lembut dan mendalam ini dapat membuang dan menghapuskan semua racun, kuman dan kotoran yang menyerang kulit.


Hari itu aku saje beli lotion Vaseline lightening and anti aging lotion. Kononnya nak hilangkan kesan berbelang kat pergelangan tangan aku nie akibat bermandi manda tak hengat dunie sampai berbelang macam rimau kulit aku. Haha siap ada garisan gelap pemisah putih dan gelap. Obvious giler. Da lah berminggu-minggu tak mau hilang punyalah burn kulit aku ritu. Last-last pakai dalam seminggu lotion nie kulit tangan da jadi cerah sikit. Aiyoo sila berjanji kepada diri sendiri tidak akan berendam bawah panas terk lagi.. huhu..

Kalo tak menangis tak berlagu kang masa bersanding nanti.. hahaha... Masuk paper pengantin kulit berbelang...

No comments:

Post a Comment