Thursday, November 29, 2012

My skin improve ;)

Assalamualaikum ;)

Nak share ngan korang nie, aku sangat berpuas hati dengan kulit aku sekarang. Da tak keluar lagi jerawat besar cam dulu sejak pakai sabun miracle tab. Actually penyebab utama muka aku naek jerawat yang agak teruk disebabkan aku ada resdong. Oleh kerana aku kerja kat industri, so kulit pun terdedah dengan habuk dan chemicals. Kulit aku very sensitif tak boleh pakai skin product yang kasar.

Serius miracle tab memang serasi sangat. Bila cuci, rasa segala kotoran dan minyak hilang. Muka pun susah nak berminyak cam dulu unless aku pakai krim yang sememangnya senang berminyak. Kulit pun makin cerah berseri-seri. Cewah nie perasan sendiri ke ape. huhu... Akak ada tegur muka da nampak bersih. Parut jerawat ada lagi sebab dulu memang teruk gila skin aku. Nak menangis bila tengok muka kat cermin. Nak make up lagilah tak ada moodkan. Pasnie nak try HD Whitening Fluid lak. Ada jugak terfikir nak wat business miracle tab. Yelah memang da terbukti berkesan kan.

Sempat lagi aku nak dapatkan kulit yang lama, flawless skin.. haha.. Akak aku da bebel-bebel kat aku suruh pantang makan jangan bedal jer sume. Nak kawen muka kena licin. huhu.. Bukan nak cakap pe ar, sejak aku guna sabun nie, aku bedal jer sume selalu time weekend la, sotong ker, belacan ker, dan paling penting telur! Makcik yang aku berubat pesan jangan sentuh telur, tak kesah la telur mata ker, telur rebus ker asal kata telur jangan makan sebab boleh datangkan resdong teruk.

Oleh sebab sabun miracle yang memang ajaib nie, aku hentam makan ape pon muka tak akan kuar jerawat yang besar selalunya kalau pecah boleh kuar darah banyak. Tu yang tak suka kalau kena jerawat resdong. Then, akan jadi parut teruk susah nak hilang. Sedih-sedih.. Apelagi cepat-cepat pi bli bagi sape-sape yang ada same problem. Bak kata akak Estee Lauder yang promote make up dia kat aku, muka ada satu jer. So kena jaga elok-elok. Huhu akak tu memang cantik. So azam baru nak jaga kulit muka dan badan elok-elok...Tak mo malas-malas nak bersihkan muka pakai make up remover pas pakai make up.

Lupa nak cerita harga dia. Seketul baru RM70 SAHAJA. Ada penekanan di situ. hehe.. Toksah risau sabun nie tahan lama cuma jangan terendam dalam air jer, make sure always kering. Sabun nie organik so bila terkena air mudah cair. Potong kecik-kecik masukkan dalam bekas tertutup. Boleh juga guna untuk badan kalau rasa nak putihkan badan u'olls! (dalam nada gedik).

 Nie lah tab soap nyer. Aku da tinggalkan Clean n Clear terus jatuh cinta kat miracle tab. Da tak pandang kat yang lain. Hehehe...

Tab Soap ni bersifat anti inflamasi, anti oksidan dan memainkan peranan utama dalam fungsi anti toksin, dan ini akan memberikan perlindungan anti oksidan, terutamanya kepada sesiapa yang inginkan perlindungan daripada kesan penuaan awal, jerawat, warna kulit tidak sekata, pigmentasi, dan ribuan lagi masalah kulit yang lain. Tab Soap juga merupakan agen anti radang sehingga mampu mengurangkan kemerahan, bintik hitam, dan pembengkakkan pada jaringan yang rosak sekitar kulit. Produk ini bukan hanya mampu menghilangkan jerawat, tapi berpotensi untuk merawat parut dan bekas jerawat secara signifikan semaksima mungkin sehingga kulit anda menjadi cerah dan tidak dimakan usia. Diadun dengan bahan semulajadi, pembersih lembut dan mendalam ini dapat membuang dan menghapuskan semua racun, kuman dan kotoran yang menyerang kulit.


Hari itu aku saje beli lotion Vaseline lightening and anti aging lotion. Kononnya nak hilangkan kesan berbelang kat pergelangan tangan aku nie akibat bermandi manda tak hengat dunie sampai berbelang macam rimau kulit aku. Haha siap ada garisan gelap pemisah putih dan gelap. Obvious giler. Da lah berminggu-minggu tak mau hilang punyalah burn kulit aku ritu. Last-last pakai dalam seminggu lotion nie kulit tangan da jadi cerah sikit. Aiyoo sila berjanji kepada diri sendiri tidak akan berendam bawah panas terk lagi.. huhu..

Kalo tak menangis tak berlagu kang masa bersanding nanti.. hahaha... Masuk paper pengantin kulit berbelang...

Monday, November 19, 2012

Akibat jalan sakan tak hengat nak rehat, akhirnya demam bersama pakej lengkap ;p

Assalamualaikum ;)

Seronokkan cuti banyak kali. Tapi yang tak bestnya cuti berselang seli, kejap cuti kejap kerja balik. Kerja sehari kang cuti balik. Isy2.. Last week sabtu ahad cuti, Isnin masuk balik kerja then cuti balik Deepavali, Rabu kerja sehari Khamis cuti awal muharram.. Then Jumaat and Sabtu kena kerja..Oleh kerna cuti berturut-turut langkah kaki aku pun panjang la. Merayap pi sana sini cari barang-barang penting.. huhu

Dek kerana berjalan sakan, akhirnya hari Jumaat aku demam teruk plus sakit pale. Tapi puas hati sangat sebab hari rabu tu pi klcc cari barang aku then kebetulan ada booth Estee Lauder kat tengah-tengah KLCC tu. Huhu usha2 skali rupanya dorang ngah wat offer nak habiskan stok. Giler-giler murah baek korang pi cepat2.. Offer sampai 20hb Dec. Set mekap complete baru RM256. Ada 3 jenis kaler lipstik, blusher, eyeshadow, maskara, eyeliner, lipliner, lip gloss. Senang kata sape yang suka sangat melukis tu bak kata akak aku.. hehe Bek hang rembat set nie berbaloi-baloi. Tapi ada syarat hang kena beli dulu barangan dia RM180 ke atas. So kat sane ada promotion perfume. Aku tak minat bau perfume dia. So aku amek complete set foundation. Dapat beg merah besar naa.. Cun giler. hehe

Beg pun da ushar design baru Carlo Rino comey sangat kaler pink soft. Then, semalam Charles & Keith pon ada sales jugak, design kasut dia giler cantek!!. Kalau boleh sume nak. Agak elegan dengan high heel but very soft. Memang selesa sangat. Harga pon berpatutan jugak. Year end sales memang ditunggu-tunggu semua orang. huhu Berbaloi-baloi kalau shopping time nie. But make sure budget harus ada yer. Jangan kerana nafsu shopping besau sangat habis duet kau habiskan.


Friday, November 2, 2012

When it comes to work, I'm flexible

Assalamualaikum ;)

Baru jer balik dari ofis Vivien urus agreement between Tanashin and PTM. Bak kata Joanne, why Sutha selalu suruh u eh? Dia suka betul ngan u la.. Aku jawab ntah la..huhu.. Kerja yang tak berkaitan dengan aku pun dia suruh buat. Don't say aku tak ada kerja nak buat. Sume jenis kerja aku buat. Flexible gilo.

Before Kak Sarimah cuti maternity, Sutha da assign aku ngan dia handle customer tooling audit. So kena buat meeting, berjumpa dengan sume PIC, cari info tooling sebab banyak PIC tak transfer properly kerja dorang so agak menyusahkan kerja aku. Kena la dok email Polymatech Indonesia, Thailand..Tu lah akibatnya jika suka transfer2 tooling then tak control records properly.

Aku kena handle scheduled waste yang berbahaya tu. Biasa kerja orang lelaki la tapi nak wat camne, kekurangan orang. Then, aku kena jadi orang tengah antara fm dan kilang sebelah sebabkan kilang sebelah tak bertanggungjawab bina exhaust mengadap PTM. Probnya atap and pintu yang mengadap exhaust tu sume jadi terhakis sebab kilang tu ada buat proses soldering yang menggunakan acid dan bahan berbahaya lain. Ada sisa yang tak ditapis sempurna tu sebab la effect dia kena kat PTM. Huwaa, aku malas da nak communicate dengan FM kilang sebelah nie wat sakit hati jer. Macam-macam alasan.

Nak tolak arahan dari FM, aku nie orang baru jer. Kena amek ilmu banyak-banyak. Ilmu yang paling berguna semestinya yang kita dapat melalui pengalaman diri sendiri dan bukan dari pengalaman orang lain. Akan ingat sampai bila-bila.

Esok aku nak amek leave nak pi majlis tunang famili terdekat kat KL. Sebab Sabtu nie wajib kerja. Nak mamam dulu. Bye2...