Thursday, August 17, 2017

Baby Shaklee Nur Jannah Sofia

Assalamualaikum


Ika nak berkongsi pengamalan sendiri amalkan Shaklee dari sebelum pregnant, pregnant dan selepas lahirkan Jannah. Actually Ika dah consume Shaklee sejak 2014 lagi tapi masa tu makan tak konsisten. Hanya rajin minum ESP jer since beli untuk extra energy masa puasa. Kerja masa tu banyak bergerak round satu kilang kalau bulan puasa badan flat terus adoi. Tu bila consume ESP rasa bertenaga je taklah lemau sepanjang hari haha.


Then alhamdulillah by 2016 Ika pregnant Jannah pulak. By Feb dapat tau usia kandungan dah sebulan. Ika terus ambil fullset Kehamilan Shaklee. First trimester Ika ambil Vitalea, Vitamin C, ESP. Then by 2nd trimester Ika da start makan Ostematrix untuk tambahan dan by 3rd trimester Ika tambah lagi dengan Omega Guard untuk perkembangan minda bayi.


Masa 3 bulan pertama tu memang adalah morning sickness kadang2 tu. Tapi jarang sangat muntah. Cuma bila silap makan je. Mostly lebih kepada rasa letih nak tidur je. Alhamdulillah bila Ika consume Shaklee secara konsisten sejak pregnant memang rasa lain sangat berbanding dulu-dulu time makan celup-celup. Ika sendiri memang alergik dengan pil 😂. Kalau demam tu jangan haraplah nak habiskan antibiotik or panadol. Selalu tahan je or makan vitamin C shaklee nak cepat baik kiki. Yang Ika perasan sejak amalkan vit C Shaklee jarang sangat demam, selsema or batuk sebab masa sekolah dulu masyaAllah kalau orang lain demam tak lama pastu Ika pulak kena maybe sebab antibodi tak kuat kot.


Time checkup memang result cantik je. Bacaan hb elok, kencing tak ada masalah. Alhamdulillah sangat sepanjang pregnantkan Jannah Ika memang aktif ke sana sini. Da get involve dalam bisnes mana boleh duk diam haha. Ke sana sini hantar barang customer dari awal pregnant sampai dah sarat tau. Baby pun aktif jee dalam perut berguling sana sini sampai i ingat baby boy kahkah. Rupanya gegirl gituuu. Maknya terlebih makan vitamin agaknya hehe.


Dan lepas lahirkan Jannah, doktor sahkan Jannah sihat tak ada jaundice. Then terus ke sesi berpantang. Masa check up untuk check luka jahitan tu doktor puji luka cantum cantik macam tak pernah kena jahit. Doktor tanyalah jugak macam2 sebab impress. Actually masa balik jer dari hospital Ika terus telan segala macam vitamin dalam set pantang tu, ubat hospital letak tepi dulu makan selang2 hahaha. Tak sampai seminggu jalan dah laju tak rasa sakit apa. Mak mertua ayah mertua pun heran cergas semacam. Ya masa pantang Ika mandikan anak sendiri lepas seminggu tu.


Untuk part susu badan pulak, memang melimpah ruah la. Sampai lencun baju. Awal2 tu tak beli pam susu lagi. Hasil berkat amalkan fullset pantang. Bersyukur sangat dah kenal Shaklee dari awal lagi. Semua jadi mudah perjalan kehamilan yg mudah, proses bersalin yang mudah (normal) tanpa komplikasi, berpantang yang mudah, dan sekarang masih setia dengan set menyusu which is supplement sama sahaja. Ika lebih suka ambil semua walaupun makan kadang2 selang seli. Sebab kebaikan yang Ika dapat pun maksimum. Susu badan lebih pekat dan banyak bila pam. Baby cepat kenyang. Jannah pun sihat tak mudah nak demam or selsema.



Haa lagi satu kulit baby Jannah gebu putih merah-merah sejak dari lahir lagi berkat amalkan Shaklee kot hehe. 


Dulu Ika makan sendiri jer sekarang dah fully in bisness Shaklee so sesiapa yang nak dapatkan Shaklee beserta dengan consultation lengkap boleh hubungi Ika. Consultation special untuk customer Ika sahaja.


Shaklee Independent Distributor
Ika +6013 7549178

COD SHAH ALAM, SG KANDIS, KG JAWA


No comments:

Post a Comment