Tuhan mengubah perasaan anda dari satu perasaan ke perasaan yang lain dan mengajar anda dengan memahami sesuatu yang bertentangan, supaya anda mempunyai dua sayap untuk terbang bukannya satu.
Setiap kepayahan yang kita dapat ade hikmahnyer dan ia dapat menjadikan kita lebih kuat untuk berdepan dengan masa-masa akan datang. Umpama seperti kita berdepan dengan seekor ikan jerung. Adakah kita akan berdiam diri dan biarkan sahaja ikan jerung tu membaham kita?? tak bukan, kita akan menjadi bertenaga dan cergas bergerak ke sana ke mari mengelakkan diri dari ikan jerung tersebut. Jika anda masih lemah dan tidak bertenaga, anda perlu mengambil vitamin untuk berjuang dengan ikan jerung tersebut.
Tetapi di mana boleh kita dapatkan vitamin-vitamin ini?? Semuanya terdapat dalam kitab suci Al-Quran. Mulakanlah dengan membaca Al-Quran, InsyaAllah anda akan dapat kekuatan tersebut. Lama kelamaan, anda pasti dapat berhadapan dengan ikan jerung tu dengan tenang dan menyambut kedatangan ikan itu dengan senyuman dan kegembiraan.
Kadangkala kita alpa untuk membaca Al-Quran selain dari ibadah yg wajib kita buat. Aku seringkali mengingatkan diri supaya tidak malas membaca Al-Quran kerna dari situlah ak dapat ketenangan jiwa, penerang hati untuk mudah dapat ilmu dan pada masa yang sama kita dapat mengagumi kebesaran Allah yang sentiasa memberikan nikmat yang tak terhingga kepada kita.
Ak sering berpegang pada satu benda nie, kalo kita xberdoa lepas sembahyang seolah-olah kita menyombong kepada pencipta kita. Walau kita selalu tergesa menyudahkan sembahyang, pastikan anda menadah tangan meminta kepada-Nya. Hanya kepada-Nya kita meminta.
No comments:
Post a Comment