Friday, October 16, 2009

[.... Orang yg mencintai kamu....]


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati
dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat
badan
kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
kamu
lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan
lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,
bukan
"aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke
majlis
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia
lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,
berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau
musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya
keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang
kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan
bila
ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
'good
luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya
yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu
sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap
di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat
itu
dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan
ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan
sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa
pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di
tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan
kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak
akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn
sabar
walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang
lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu
memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana
dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia
berlalu,dia
pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu
cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika
ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan
menyesal melakukanny a! ]

No comments:

Post a Comment