Showing posts with label cantek selalu. Show all posts
Showing posts with label cantek selalu. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

I shall be happy on my big day

Assalamualaikum ;)

Hanya tinggal 5 minggu jer lagi sebelum hari yang di nanti-nanti. Orang kata kahwin nie best. Best ker dah rasa sendiri best la jugak tapi bila dipikir-pikir balik persiapannya memang memeningkan kepala aku.

Korang nak tahu stress jugak buat persiapan kahwin, nak-nak if kita nak yang terbaik untuk hari wedding nanti almaklumlah sekali tu aje dan time tu ramai tetamu penting yang hadir. Hopefully semua happy la bila datang, dan terkenang-kenang bila dah balik rumah (hehehe boleh sampai mimpi nak wedding macam nie jugak) its over hokayyy..

Masih ada lagi yang tak setel macam baju nikah!! Baju nikah aku tak pi beli lagi. hehe Sebab banyak sangat kejutan dan perubahan pada waktu dan majlis tu yang semua bertukar. Mula-mula nak pakai jer baju yang disewa kat Gee Cantik tapi last-last bertukar sebab rugi pakej mereka cover untuk sanding dan baju persalinan if aku nak baju nikah dorang so kena pilih baju kaler soft or putih tapi glamour sangat la pulak. Apis tak mau buat baju nikah katanya membazir sebab pakai sekali tu jer. Lepas tu simpan sampai berhabuk dalam gobok (bahasa orang Muo) hehe

Terima kasih Aisha Khalid sebab sudi hulurkan tangan menolong saya. Dia tahu saya sangat penat survey sana sini, plus business saya lagi. OMG.. Raw material untuk hias meja guestbook belum beli lagi, buku autograf, sticker doorgift, tshirt sedondon untuk family, bahan-bahan untuk hias doorgift dan hantaran. Barang-barang hantaran semua da setel cuma tunggu untuk dihiaskan saje. Bagus jugak buat persiapan 6 ke 7 bulan awal jadi semuanya siap awal. Cuma aku bimbang pengantinnya da cukup bersedia ke tidak. ahahaha.. 

Bulan terakhir nie perlu jaga kulit muka dan menjadi semakin rajin skrub badan di rumah.. ehehehe macam tak percaya ika dah jadi rajin. Thanks to this blog Namee Roslan coz bagi tips-tips yang berguna dan boleh pakai sebagai persediaan menjadi raja sehari. Antara tips-tips untuk kulit berseri dan gebu masa hari wedding nanti

  • Banyakkan minum jus yang kaya dengan anti-oksidan macam buah berry, strawberry. Info nie dari blog Namee. Tips dari Adira untuk kulit gebu dan cerah. Bagi aku pulak, since few weeks lepas, aku dah mula minum pelbagai jenis jus yang kaya dengan Vit C dan E kerana vitamin-vitamin inilah yang boleh buat kulit anda cepat fairer. Kulit aku dah cerah sebenarnya cuma nak putih macam cina tu boleh tak (tangan kat bahu mata ke atas)

  • Sekarang aku amalkan makan supplement seperti UPC atau RA atau Maixara sebelum tidur. Once makan supplement nie kena banyak minum air putih taw bagi mudah toksin keluar dan nak nampak kesan cepat. Minum air banyak bagus untuk lembapkan kulit. Biasa la kalau dah duduk rumah sewa nie kurang makan sayur dan buah jadi supplement la penyelesaian terbaik. Pastikan supplement dari sumber semulajadi dan tak merbahaya untuk kesihatan. Cara terbaik makan supplement adalah sebelum tidur serta selepas makan. Jadi khasiat dari supplement boleh diserap dengan baik dalam badan tak ditimpa dengan makanan. Masa yang elok makan supplement adalah waktu pagi selepas atau sebelum makan bergantung pada jenis supplement dan juga malam sebelum tidur.

  • Korang boleh juga lakukan scrub sendiri di rumah. Aku memang dah beli lama garam spa berasaskan yogurt murah jer dekat Mydin. Packing kaler pink gitu. Overall best juga basahkan badan dulu then gosok secara memutar biar selama 3 minit untuk garam tu meresap dahulu ke dalam kulit kemudian baru bilas. Dah bilas barulah sabun badan dengan shower macam biasa. Seriuss weyy memang halus dan lembut gila kulitku. huhuhu

  • Seriusly, amalkan mandian berasaskan susu kambing kulit badan cantik taw. Tak ada masalah dan semestinya rasa lembut dan lembap. Saya tak suka pakai lotion sebab melekit tak selesa lagi satu suka sangat basuh tangan haha buat membazir lotion ak jer. ;p Mandian susu jugak boleh cerahkan kulit but of course la in long term. I loike kambing *kambing yang dapat nama ihikss

  • Rajin-rajinkan diri pakai mask 2 kali seminggu untuk kulit wajah yang sempurna tanpa cela cewahh. Tapi aku merajuk dengan ikan bilis sebab mencelakan balik wajah aku yang dah ok nie. Kesian Miracle Tab dah berhempas pulas pulihkan kulit aku tapi dek kerana resdung yang derhaka sume usaha punah ;( Tak kisahla mask ape pun kalau aku suka pakai Shiseido Mask dari Tokyo, Japan memang berkesan menghilangkan whitehead dan blackhead yang degil nie. Harga cuma RM2 sekeping sempat promote ^^

  • Jangan lupa pakai toner selepas cuci wajah sebab toner nie sangat bagus untuk kurangkan sebum or minyak di muka. Selain itu, bagus untuk rapatkan pori-pori yang terbuka. Macam aku, I like using toner dari Safi Balqis yang botol biru tu. Guna cotton pad mesti tanggal kotoran hitam sebab environment kita always ada habuk dan particle halus yang kita tak nampak. Jadi serahkan tugas membersihkan wajah kepada toner. Selepas itu, baru aku tepekkan HD Glow Essence dari Miracle Tab sebab HD nie guna dia tak payah pakai cotton pad sebab rugi. Hanya titikkan kat tangan then tepek-tepek ke muka macam pakai SK-II tu. Memang superb pakai HD nie.

  • Moisturizer jangan sesekali tinggal yer sebab pencuci wajah, toner dan pelembap sama pentingkan. Jangan di anak tirikan pelembap itu hanya kerana muka mu jenis berminyak. Kalau korang nak tahu, kawan aku pernah bagitahu yang bila kita pakai bedak compact directly tanpa alas dengan sebarang pelembap kulit kita akan jadi kering lama-lama sebab bahan dari bedak compact tu boleh serap kelembapan kulit kita. Aku sendiri rase bila malas nak pakai krim dahulu terus kawasan hidung dan sekitarnya jadi tak best sebab kering sangat. Kulit aku bukan jenis yang kering pulak tu. HD Advance Whitening Fluid boleh gak jadikan lotion taw!! Aku pun sendiri cuba sejak minggu lepas-lepas. Cepat cerahkan dan lembutkan kulit tangan. Aku pakai before tidur dan masa keluar jalan-jalan. Memang terbukti berkesan taw!! Tak adalah nak sarung cincin nanti tangan aku golap. hehe

  • Banyakkan minum air masak atau mineral. Macam aku tak suka minum air yang dijerang tapi suka sangat minum air mineral Cactus. Sampai ada stok yang banyak kat rumah sewa ni. Aku selalu beli satu kotak besar terus so tahan lama. Bagus taw minum air mineral nie banyak zat-zat mineral yang penting. Terutama bila cuci muka. Elok sangat. Tapi aku tak buat macam tu la dah la air mineral beli kaya hang nak bazir-bazir buat cuci muka. fuhhh.. At least minum satu botol besar ok kurangkan air manis sebab petua nak awet muda jangan minum air manis selalu. Air manis boleh buat muka cepat nampak tua dan tak bagus untuk kesihatan dalaman bagi jangka masa panjang. 

  • Bagi yang jenis kulit berminyak macam aku nie, seminggu sebelum hari nikah tu cuci muka dengan air ais. Boleh tegangkan kulit dan rapatkan pori-pori so sebum pun merajuk lama-lama sebab menggigil kesejukan. Baru nak keluar dah beku. Saya pernah buat dulu dapat tips nie dari majalah ternyata berkesan!! Elok nak-nak masa nak make up, make up jadi lebih smooth dan tahan lama.

  • Nak tahu air wuduk pun boleh buat muka anda bercahaya tau. Banyakkan berzikir dan baca quran boleh buat hati tenang dan positif. Itu yang saya amalkan sejak dulu lagi. Stay positive dan elakkan dari bermuram banyakkan senyum dan hepi-hepi selalu. huhuhu...

Selamat mencuba!!! Moga muka I berseri-berseri di hari majlis nanti. Teringat rancangan bintang mencari bintang TV3 lawak betul Faizal Ismail ;D

Sekian.

Thursday, November 29, 2012

My skin improve ;)

Assalamualaikum ;)

Nak share ngan korang nie, aku sangat berpuas hati dengan kulit aku sekarang. Da tak keluar lagi jerawat besar cam dulu sejak pakai sabun miracle tab. Actually penyebab utama muka aku naek jerawat yang agak teruk disebabkan aku ada resdong. Oleh kerana aku kerja kat industri, so kulit pun terdedah dengan habuk dan chemicals. Kulit aku very sensitif tak boleh pakai skin product yang kasar.

Serius miracle tab memang serasi sangat. Bila cuci, rasa segala kotoran dan minyak hilang. Muka pun susah nak berminyak cam dulu unless aku pakai krim yang sememangnya senang berminyak. Kulit pun makin cerah berseri-seri. Cewah nie perasan sendiri ke ape. huhu... Akak ada tegur muka da nampak bersih. Parut jerawat ada lagi sebab dulu memang teruk gila skin aku. Nak menangis bila tengok muka kat cermin. Nak make up lagilah tak ada moodkan. Pasnie nak try HD Whitening Fluid lak. Ada jugak terfikir nak wat business miracle tab. Yelah memang da terbukti berkesan kan.

Sempat lagi aku nak dapatkan kulit yang lama, flawless skin.. haha.. Akak aku da bebel-bebel kat aku suruh pantang makan jangan bedal jer sume. Nak kawen muka kena licin. huhu.. Bukan nak cakap pe ar, sejak aku guna sabun nie, aku bedal jer sume selalu time weekend la, sotong ker, belacan ker, dan paling penting telur! Makcik yang aku berubat pesan jangan sentuh telur, tak kesah la telur mata ker, telur rebus ker asal kata telur jangan makan sebab boleh datangkan resdong teruk.

Oleh sebab sabun miracle yang memang ajaib nie, aku hentam makan ape pon muka tak akan kuar jerawat yang besar selalunya kalau pecah boleh kuar darah banyak. Tu yang tak suka kalau kena jerawat resdong. Then, akan jadi parut teruk susah nak hilang. Sedih-sedih.. Apelagi cepat-cepat pi bli bagi sape-sape yang ada same problem. Bak kata akak Estee Lauder yang promote make up dia kat aku, muka ada satu jer. So kena jaga elok-elok. Huhu akak tu memang cantik. So azam baru nak jaga kulit muka dan badan elok-elok...Tak mo malas-malas nak bersihkan muka pakai make up remover pas pakai make up.

Lupa nak cerita harga dia. Seketul baru RM70 SAHAJA. Ada penekanan di situ. hehe.. Toksah risau sabun nie tahan lama cuma jangan terendam dalam air jer, make sure always kering. Sabun nie organik so bila terkena air mudah cair. Potong kecik-kecik masukkan dalam bekas tertutup. Boleh juga guna untuk badan kalau rasa nak putihkan badan u'olls! (dalam nada gedik).

 Nie lah tab soap nyer. Aku da tinggalkan Clean n Clear terus jatuh cinta kat miracle tab. Da tak pandang kat yang lain. Hehehe...

Tab Soap ni bersifat anti inflamasi, anti oksidan dan memainkan peranan utama dalam fungsi anti toksin, dan ini akan memberikan perlindungan anti oksidan, terutamanya kepada sesiapa yang inginkan perlindungan daripada kesan penuaan awal, jerawat, warna kulit tidak sekata, pigmentasi, dan ribuan lagi masalah kulit yang lain. Tab Soap juga merupakan agen anti radang sehingga mampu mengurangkan kemerahan, bintik hitam, dan pembengkakkan pada jaringan yang rosak sekitar kulit. Produk ini bukan hanya mampu menghilangkan jerawat, tapi berpotensi untuk merawat parut dan bekas jerawat secara signifikan semaksima mungkin sehingga kulit anda menjadi cerah dan tidak dimakan usia. Diadun dengan bahan semulajadi, pembersih lembut dan mendalam ini dapat membuang dan menghapuskan semua racun, kuman dan kotoran yang menyerang kulit.


Hari itu aku saje beli lotion Vaseline lightening and anti aging lotion. Kononnya nak hilangkan kesan berbelang kat pergelangan tangan aku nie akibat bermandi manda tak hengat dunie sampai berbelang macam rimau kulit aku. Haha siap ada garisan gelap pemisah putih dan gelap. Obvious giler. Da lah berminggu-minggu tak mau hilang punyalah burn kulit aku ritu. Last-last pakai dalam seminggu lotion nie kulit tangan da jadi cerah sikit. Aiyoo sila berjanji kepada diri sendiri tidak akan berendam bawah panas terk lagi.. huhu..

Kalo tak menangis tak berlagu kang masa bersanding nanti.. hahaha... Masuk paper pengantin kulit berbelang...

Monday, February 7, 2011

ak suke cube benda baru

hehe.. entry kali nie nak citer pasal tabiat ak yg suke wat benda baru yg xpernah terpikir dek pale orang laen..
dulu la, skang ntah la ade ke x erk
nak taw benda ape?? jus petua nak cantek yg dapat dari majalah ak bace. ak kan suke bangat bace majalah.
dulu r time skola suke mencube. Antaranye petua-petua yg terbukti keberkesanannya:


  1. Dapatkan bibir merah bak delima - Sapu ubat gigi kat bibir n biarkan beberapa minit sebelum bilas. Aku try beberapa kali rase bibir tegang n pijau. Memang la bibir jadi merah pastu. tapi petua nie untuk sape yg bibir die xbape nak merah, kalo cube mesti puas ati ngan hasilnyer.
  2. Kulit halus, licin dan gebu - Amalkan mandi ngan syampu badan susu kambing. Ak amalkan pakai susu kambing dari sekolah menengah rendah lagi sampai la skang, sangat serasi pakai. Memang betul la ape yg dikatakan kat botol syampu tu, ancient history kata ratu Mesir punya kulit cantek sebab amalkan susu kambing. Minum ak xsanggop ;p
  3. Kulit tegang dan anjal- Sapukan ais ketol kat kulit muka dan badan 2 kali seminggu kot. Macam mandi ais tu. Ak pernah try 2 kali jer. Memang rase perbezaan. Kulit muke rase tegang n sedap.
  4. Nak rambut lebat - Pakai syampu bayam Mustika Ratu. Sebenarnyakan aku bukannya try sebab nak rambut lebat tapi sebab ak slalu tengok produk Mustika nie kuar kat Nona. hehe.. 2 yg try beli syampu n xpasal2 rambot aku makin lebat lak. Da semulajadi lebat pon. Sape yg kurang rambut tu ley la cube k... huhu
  5. Nak lebih tinggi - Apabila kita mendapat kepuasan setelah mendapatkan barang yg kita inginkan atau makan sumtin yg nikmat, ade satu hormon nie terembes ngan sendirinya. Ak xingat ape tapi memang benar la sebab da wat kajian oleh saintis. Actually ak pon pernah rase perasaan camtu dulu2 bler dapat kasot wedges yg comey or baju yg cantek. Satisfaction yg xdapat kat mane-mane. Satu lagi kita akan menjadi lebih tinggi bila memakan coklat. Btol ker?? Ak pon xpasti. Ak percaya ak ley menjadi lebih tinggi after dapatkan sume barang yg ak dambakan. Huhu.. Bio la orang nak kate ko tu xley tinggi da, da 18 taon, pompoan mane ley tinggi da pas umo tu... Ahhh persetankan itu semua!!!
  6. Senaman muka untuk awet muda - Ak pernah cuba banyak kali dulu. Tapi ak da lupe la cara dia. huhu mintak maap ler xdapat nak share skali. Tapi memang bagus la senaman muka nie walaupon bler tengok kat cermin muke cam hodohkan. Ak slalu wat xtengok cermin pon.
  7. Perasan diri muda - Hihi.. yang nie tips aku yg bagi. Nak jadi awet muda mestilah yakin anda tu muda lagi. Eleh suke ati la kan. Asalkan aku n korang bahagia jadi mude. kikikih..



Photography Graphics

Thursday, December 2, 2010

The best Outfit for u

Salam semua...

Firstly sya juz nk mtak tlg forumer kat sini share ape fesyen atau outfit yg sesuai utk gadis2 atau wanita2 yg bertudung...kalau blh yg nampak SOPAN n MENARIK.

masalah sya kat sini adalah sya x pndai sgt nk pilih dress or outfit yg sesuai ketika pegi:
1)dinner
2)kelas(sya still blajar  lagi)
3)shopim time(hangout ngam  member)
4)muvie time
5)Reunion
6)lain2(kenduri,holiday o pape je)

p/s:mtak tlg jasa baik seme eh...kalau bleh tepek la gmbr skali...sya ase tiak kali kuar sya pkai cam xcntik  owg lain pon......xretila....



hah.. di atas merupakan maslah seorg student pompoan yg baye2 sayer gak.
die xdapt nk memadankan jenis pakaian y sesuway mengikot situasi. depends sbnarnye outfit yg kite perlu sesuway dgn perwatakan kite yg sebenar. sebagai contoh sayer, mmg seorg y sukekan kaler yg terang n ceria. sbbnyer prangai sy pon begitu. pastikan warne baju sesuway ngan anda kalo x nnti nmpak plek lak. slalu laa window shopping n perhatikan fesyen terkini. sayer rase bnyk jer pakaian sopan tok pompoan bertudung cam sayer nih. no prob laa... huhu

penyelesaian bg permasalahan di atas:

  • bergantung pd tema majlis. pastikan anda xlari drpd tema sebenar. contohnyer, tema moden jgn lak anda berpakaian alaa pdg pasir.. isy2 then pilih warne bju yg menyerlah baru laa bler kena chaya lampu y malap, bj anda stil menyerlah. jus make sure time diner anda kena kelihatan luar biasa dr biase. jika xpenah pki selendg pki la.. n make up pon kene lbey n complete. dress labuh or jubah labuh mmg sgt sesuway dpkai time diner. juz jangan over sexy yer...hehe
  • rasenyer kalo g clas pki bj kurg ok da.. pompoan melayu cantek berbaju kurg. bnykkan fesyen bj kurg skang ngan corak y cantek2. anda jer yg kena pndai plih. kalo nk pki \blouse pon ok gak. nmpk kemas tp xperlu lah pki blouse yg terlampau fashionable sgt. xbape sesuway laa. kat clas pemakaian lbey sesuway simple. kenakan lipgloss, bdak compact n blusher cket kat pipi. pki tshirt n jeans pon ok tp make sure bkn tshirt kelab y menarik perhatian. xcantek laa.. nk nmpak bergaye pki dgn cardigan.
  • time hangout ngan membe pki simple sudah tp nice. mase tu msti nk wat bnyk aktiviti lasak cam karoke... yeah yg nie sayer suke!!.. then mane taw nk g jalan kaki y memenatkan. kalo pki dress or blouse heavy2 msti xselesakan?? 
  • kalo tgok wyg bley la nk dressup or nk g shopping complex besar2 k. kalo stakat g econsave xpyah ler.. cam plek plak org sekelilg. n g holiday mmg sesuway sgt dressup lawa2 depends aktiviti ape kamiu nk wat. supaye xlah rimas ngan cuaca panas skang. ape2 yg dipakai akan nmpak cantek jika pandai memdankan warne tudung, kasot, baju n beg tgn. make sure kaler baju n tudg x satu tone. kalo bajunyer plain, pki laa tudg or selendg corak2 barulah cun beb!!.. huhu


sayer rase stakat tu jer tok kali nie... lenkali sayer citer lbey detail. penat la taep.. huhu 

TIPS NAK CANTEK

arini saya nk kongsi petua cantek ngan anda. yeah sume org suke benda yg cantek2 termasok ler muke seseorang. based on my experience, senang jer nk miliki kulit yg cantek, gebu n halus. jangan mencuba aksi terlarang.. hehe bikin suspen je. actualy jgnlah anda suke sgt tukar2 produk nie. kalo ley stick ngan satu pencuci muke jika ia sesuai ngan anda. coz sy pon penah gak tukar2. abes muke naek jerawat. hihi... biler pakai blek produk yg biase gune barulah ok blek muke sayer.


slaen itu, jika anda rase muke anda naek jrawat y agak2 bnyak jgnalah terlampau riso. cam la aku cool sgt bler muke nie bnyk jerawt.. emm sebenarnye anda telah menghidap penyakit 'resdong' yg kronik.. haha.. actualy xla kronik sgt kalo anda reti jage makan n sentiasa hindarkan diri dr abuk2. mksod sy disini bukan menghindarkn diri dr abuk 2 anda xpyah ler susah2 nk sapu umah or blek. itu pemals namenyer. cube ikuti petua sayer nih. kalo rase abuk bnyk sgt tutup idong n mulut anda ngan tudg. praktikal sungguhkan??? hehe


alaa cam zorro gitu...;p jgn panik jika sesape terkejot melihat anda. 1st time gamaknyer.. huhu sterosnya jgnlah anda mls mencuci muke be4 tido tu. coz cuace pnas n lembap kat negara kt nie mmg senang buat muke berminyak. ape lagi kalo pas bgn tido sebum kat muke akn terhasil. 


next, petua tok kulit berminyak cam sayer nih. jgn pki krim y senang berminyak n kalo pki pon selet cket2 jer kat seluruh kawsn mke n then ratekan. cam sy, krim y plg sy sesuai pki adalh krim safi balqis. mmg la cpat berminyak tp kalo pki ngan bedak compact ok jer. jus make sure pki cket2 jer. bgos krim nie, meratakn warne kulit anda y da burn nk2 sayer y mmg sng sgt burn kalo berjemur.


bg sayer y perlu semayg, pemakaian liquid eyeliner mmg agak melecehkn krn susah nk tanggal bler dibasoh ngan air jer. kene gosok koat2 baru la tanggal. kalo anda rase nk jln jaoh kene la masokkn makeup remover dlm beg tgn anda 2.. memudhkan. kalo sy, tok menampkkan kelainan pd wajah sy aplikasi pemerah pipi or blusher kaler pink coz sesuway ngan syer. make sure sesuway taw! thanx 2 mashkura menghadiahkn blusher n lipstick y sgt matching. lipstick kaler pink peach mmg cantek sgt. huhu


n sy suke wat eyecat kalo time rajin laa. mmg nmpk clasic laa. tp susah woo. slalu kang sebelah da x center ngan sebelah lg. cam senget... huhuhu.
practice make perfect bak kate org.. kalo nk pki eyeshadow tu make sure lah pki ngan btol.. nk bg ketara nmpk kena la blend ngan kaler laen. st light stu lg gelap. kaler y gelap lesapu kt bhagian ats. bley rasekan kat kelopak mate ade lekok, ade tulang.. sapu di situ baru laa bler kelip2 mate tergode sape y memandgnyer.. haha
don try dis at clas ok!!! huhu


permasalahan-  Originally posted by Sweaty_Betty at 22-8-2006 01:01 PM
                      Hmm eyeliner pencil ke liquid...


disini sayer sertakn komen2 pemakai eyeliner so anda bley la wat pilihan y terbaek n membandgkan harge


"aahlah sweaty lupa nak ckp...more to pencils sbb snng nak apply..so b4 g keje..x amik masa lama..nak pkai.."

"the best eyeliners i've tried....
liquid - elianto
murah, rm18 jer...pastu senang nak pakai, senang nak basuh..."

"pencil - elizabeth arden & body shop...
body shop - rm28 (kalau tak naik harga), ea - tak ingat.. 


"another good pencil liner...so smooth to apply...and pretty long lasting..cheap!! rm13.90 jerk!

secrets pearl eyeliner!! i have it in green, gold & brown!! lawa!! :love:"

"the best i pakai sampai skrg ni Revlon RM29.90 je tp mmg power! i pakai pun sbb review dari karina kapoor dia kata mmg tak blh tinggal eyeliner Revlon nih..."

"The best wud be from brand SECRETS.... Mine is turquoise blue... Last week pakai to skool, my students puji and they thot it was from MAC... Cool huh? :love: Will buy other colours too..!!  Only RM13.80, it won't burn a hole in ur pocket!!" 



sayer telah mencube 2 jenis eyeliner shje iaitu silky girl y pencil but twist.. gler than lamer.. sayer pki black brown. xlembap sgt. maybe kena gosok ngan kapas muke dl be4 pakai. n then liquid eyeliner elianto y sememangnyer masyuk.. tp amek mase nk pki.. cdgan sayer kalo nk jimat mase pakai sajer pencil eyeliner btter y twisted punyer. kalo y korek2 punyer sakit la bler pkai... huhu cerewet btol sayer nih ~
r kelip2 mate tergode sape y memandgnyer.. haha
don try dis at clas ok!!! huhu

sayer akan kembali ngan tips2 menarik!! see yaa.... ^_^